PUTRAJAYA, 21 FEB: Seramai 571,802 orang anggota barisan hadapan mendaftar untuk mendapatkan imunisasi COVID-19 setakat semalam, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.
SHAH ALAM, 21 FEB: Status bekalan dan agihan vaksin Covid-19 di Selangor akan dibincangkan esok bersama kementerian terlibat, kata Dato' Menteri Besar.
KUALA LUMPUR, 21 FEB: Proses penyimpanan vaksin Pfizer-BioNTech bagi Covid-19 yang julung kali selamat tiba ke tanah air pagi tadi, perlu berada di tahap terbaik sebelum disuntik kepada penerima.
KUALA LUMPUR, 21 FEB: Ketibaan vaksin Pfizer-BioNTech di Malaysia hari ini menandakan sinar baharu dalam perjuangan negara menentang Covid-19, memberi harapan agar rakyat kembali bersama dalam usaha untuk mengakhiri pandemik itu.
SEPANG, 21 FEB: Ia merupakan satu jam yang paling mendebarkan bagi Kapten Hamdan Che Ismail sepanjang tempoh 29 tahun kerjayanya dalam dunia penerbangan ketika mengendalikan pesawat Malaysia Airlines MH604 yang membawa kumpulan pertama vaksin Covid-19 ke Malaysia hari ini.
KUALA LUMPUR, 21 FEB: Anak syarikat kargo Malaysia Aviation Group (MAG), MABkargo Sdn Bhd (MASkargo) hari ini berjaya menerbangkan kumpulan pertama vaksin Covid-19 ke Malaysia.
KUALA LUMPUR, 21 FEB: Vaksin keluaran Pfizer-BioNtech adalah vaksin Covid-19 yang pertama diberikan kelulusan pendaftaran bersyarat oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) mestilah melalui proses penilaian sewajarnya dan sentiasa dipantau rapat setelah ia digunakan.
KUALA LUMPUR, 21 FEB: Tempat penyimpanan vaksin Pfizer-BioNTech mRNA bagi Covid-19 memerlukan suhu yang sejuk melampau pada takat -70 darjah Celsius (°C) bagi mengekalkan penghantaran rantaian sejuk beku, untuk mengekalkan potensi keberkesanan vaksin itu apabila digunakan.
Oleh Norshazlina Nor Azman KUALA LUMPUR, 21 FEB: Malaysia akan menerima vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech hari ini, dan untuk itu sebanyak 12 juta picagari jenis low dead-volume dijangka digunakan bagi suntikan vaksin tersebut pada fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. Mengapa...
KUALA LUMPUR, 21 FEB: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyediakan pasukan pengiring untuk jaminan keselamatan bagi setiap pergerakan vaksin Covid-19 yang tiba di negara ini, kata Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Azri Ahmad.
KUALA LUMPUR, 20 FEB: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memohon kepada kerajaan untuk memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada 2,500 pemain dan pegawai di peringkat elit, demi kelangsungan saingan Liga Malaysia (Liga-M).
KUALA LUMPUR, 20 FEB: Tenaga Nasional Berhad (TNB) membuat persiapan awal bagi memastikan bekalan elektrik di pusat penyimpanan vaksin dan pusat pemberian vaksin Covid-19 seluruh negara, kekal stabil sepanjang pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.
PUTRAJAYA, 20 FEB: MAB Kargo Sdn Bhd (MASkargo) menubuhkan satu pasukan khas, yang dikhususkan untuk menyelaraskan proses penerimaan vaksin Covid-19 ke Malaysia, kata Ketua Pegawai Operasinya Mohd Zulkefly Ujang.
KUALA LUMPUR, 20 FEB: Fungsi baharu berkaitan vaksin Covid-19 akan dimasukkan ke dalam aplikasi MySejahtera tidak lama lagi, selaras dengan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
KUALA LUMPUR, 18 FEB: Unit bergerak bagi pemvaksinan Covid-19 akan diaktifkan untuk memvaksin golongan warga emas dan kumpulan rentan yang berhadapan isu untuk ke pusat vaksinasi.
SHAH ALAM, 18 FEB: Kerajaan Selangor sedia membantu golongan terpinggir seperti pelarian menerima suntikan vaksin Covid-19, kata EXCO kesihatan.
SEPANG, 17 FEB: MAB Kargo Sdn Bhd (MASkargo) sedang memperhebatkan persiapan di Advanced Cargo Centre (ACC), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi memastikan ketibaan vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech ke Malaysia pada Ahad ini, berjalan lancar.
JAKARTA, 16 FEB: Bermula esok, Indonesia melaksanakan fasa kedua proses pemvaksinan Covid-19 untuk pekerja 'publik' melibatkan sasaran 38.5 juta orang, termasuk golongan warga emas di republik berkenaan.
KUALA LUMPUR, 16 FEB: Polis bersedia memberikan bantuan bagi memastikan keselamatan semasa perjalanan, pengedaran, perpindahan dan penyimpanan, vaksin Covid-19 yang dijangka tiba pada Ahad ini.
KUALA LUMPUR, 16 FEB: Bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Rohaizat Yon menegaskan bahawa vaksin Covid-19 adalah selamat dan tidak mengandungi mikrocip yang akan mengawal minda manusia.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.