PUTRAJAYA, 1 APRIL: Fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan diawalkan dua hari kepada 17 April ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
KUALA LUMPUR, 1 APRIL: Pusat Internet Komuniti (PIK) di seluruh negara dimobilisasikan sebagai pusat bantuan untuk membantu orang awam terutama warga emas, yang menghadapi kesukaran mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera.
AMPANG, 28 MAC: Klinik Selcare bersedia menawarkan khidmat suntikan vaksin Covid-19 kepada orang ramai sekiranya Kementerian Kesihatan (KKM) membenarkan untuk berbuat demikian.
KUALA LUMPUR, 28 MAC: Kerajaan wajar menimbang untuk membenarkan kemudahan kesihatan swasta membeli dan melaksanakan suntikan vaksin Covid-19 ke atas mereka yang mampu membayar kos itu bagi mempercepatkan pencapaian sasaran 80 peratus penduduk Malaysia menerima imunisasi Covid-19, kata Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat.
KUALA LUMPUR, 27 MAC: Ringgit dijangka meningkat semula berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, dipacu oleh sentimen pasaran yang lebih baik dengan didorong harga minyak mentah global yang berpotensi lebih tinggi.
SABAK BERNAM, 27 MAC: Kerajaan Selangor dan Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FFM) meneliti kaedah serta format sesuai pengambilan vaksin Covid-19 oleh pekerja industri.
SHAH ALAM, 26 MAC: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor menyeru rakyat tidak ragu-ragu mengambil suntikan vaksin Covid-19 seperti yang digariskan dalam khutbah Jumaat.
SHAH ALAM, 25 MAC: Kerajaan Selangor sedang mengenal pasti lima vaksin ditempah Kerajaan Persekutuan sebelum membuat keputusan pembelian untuk kegunaan negeri ini.
SHAH ALAM, 25 MAC: Lebih 83 peratus penerima vaksin fasa awal di Selangor sudah menerima suntikan dos pertama setakat ini, kata Dato' Menteri Besar.
PUTRAJAYA, 24 MAC: Vaksin Covid-19 jenis AstraZeneca adalah selamat digunakan di Malaysia, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba hari ini.
SEKINCHAN, 24 MAC: Seramai 288 ahli majlis dari 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor digerak dalam usaha memupuk kesedaran awam berhubung kepentingan vaksin Covid-19.
SINGAPURA, 20 MAC: Beberapa pemandu lori kargo Malaysia dan pengiring masing-masing mula menerima suntikan vaksin Covid-19 di Singapura hari ini.
KUALA LUMPUR, 19 MAC: Pengamal media diingatkan agar lebih berhati-hati dan bertanggungjawab dalam melaporkan berita berkaitan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
SHAH ALAM, 19 MAC: Dato' Menteri Besar hari ini menyembah maklum kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berhubung perkembangan semasa kes Covid-19 di negeri ini.
SHAH ALAM, 19 MAC: Kerajaan Selangor meluluskan peruntukan kira-kira RM100 juta untuk pembelian vaksin bagi membantu mempercepatkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.
SHAH ALAM, 18 MAC: Warga emas, pesakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung serta orang kelainan upaya (OKU) antara penerima suntikan vaksin Covid-19 fasa dua.
SHAH ALAM, 18 MAC: Dato’ Menteri Besar bersama EXCO Kerajaan Negeri hari ini selesai melengkapkan dos suntikan vaksin Covid-19.
GENEVA, 18 MAC: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu berkata pihaknya akan terus mengesyorkan penggunaan vaksin Covid-19 AstraZeneca kerana manfaatnya melebihi risiko, lapor Sputnik.
SHAH ALAM, 17 MAC: Seramai 1,668,544 individu di Selangor sudah mendaftar untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat semalam.
GENEVA, 16 MAC: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) masih menjalankan kajian semula terhadap keselamatan vaksin Covid-19 AstraZeneca/Oxford apabila Perancis, Itali, Sepanyol dan Jerman menyertai negara lain menangguhkan penggunaan vaksin ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.