SHAH ALAM, 13 SEPT: Hasrat seorang warga emas berusia 90 tahun untuk menerima suntikan pelalian Covid-19 tercapai menerusi program Vaksin Selangor (Selvax) bergerak peringkat DUN Batu Tiga.
KLANG, 13 SEPT: Program Vaksin Selangor (Selvax) bergerak tidak menyediakan khidmat suntikan dari rumah ke rumah, sebaliknya dibuat di lokaliti tertentu.
KLANG, 12 SEPT: Sebanyak 750 dos suntikan pelalian disediakan untuk program Vaksin Selangor (Selvax) bergerak Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Baru Klang di Kompleks Pasar Besar Meru hari ini.
GEORGE TOWN, 11 SEPT: Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan keseluruhan remaja dalam negara akan menerima vaksin Covid-19 sebelum sesi persekolahan baharu bermula Januari tahun depan.
KUALA LUMPUR, 11 SEPT: Sebanyak 72 peratus atau 16,856,812 populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.
KUALA LUMPUR, 10 SEPT: Seramai 16,680,780 individu atau 51.1 peratus populasi keseluruhan di Malaysia telah lengkap menerima suntikan vaksin setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).
PUTRAJAYA, 10 SEPT: Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menolak kemungkinan berlaku penurunan dalam keberkesanan vaksin Covid-19 selepas tempoh tertentu yang menjadi punca kes di Sarawak meningkat.
PUTRAJAYA, 9 SEPT: Pendekatan menganggap Covid-19 sebagai satu endemik bukan tanda mengalah terhadap pandemik itu sebaliknya adalah bersifat untuk mengadaptasi diri, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
SHAH ALAM, 9 SEPT: Keutamaan suntikan vaksin Covid-19 perlu diberi kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
SHAH ALAM, 9 SEPT: Pemberian vaksin kepada remaja berumur 18 tahun ke bawah akan dibuat secara berperingkat seiring tarikh pembukaan sekolah, kata Menteri Kesihatan.
MACHANG, 9 SEPT: Amalan berpuasa selama tiga bulan sehingga bulan Ramadan sebagai rutin sejak di usia muda menjadi petua dua beradik, yang sehingga kini kekal sihat walaupun usia mereka mencecah lebih satu abad.
KUALA LUMPUR, 9 SEPT: Separuh daripada populasi keseluruhan rakyat Malaysia atau 50.5 peratus (16,492,295) kini sudah lengkap menerima suntikan vaksin setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).
ALOR GAJAH, 9 SEPT: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs) menggesa agar kakitangan awam yang menolak vaksin tampil membuat penjelasan.
KEPALA BATAS, 8 SEPT: Pulau Pinang memulakan pemberian vaksin Covid-19 secara "walk-in" atau secara jumpa terus kepada penduduk warganegara yang berusia 18 tahun ke atas hari ini.
PUTRAJAYA, 8 SEPT: Program vaksinasi Covid-19 secara walk-in atau jumpa terus di pusat pemberian vaksin (PPV) di Lembah Klang dihentikan selepas 15 Sept ini, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba.
KUALA LUMPUR, 8 SEPT: Suntikan vaksin Covid-19 terhadap remaja di Labuan dan Lembah Klang akan diberikan selepas selesai vaksinasi di Sarawak, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Oleh Nurqalby Mohd Reda KUALA LUMPUR, 8 SEPT: Penularan pandemik Covid-19 di negara ini dan langkah-langkah ketat yang menyusuli termasuk sekatan pergerakan sejak Mac tahun lepas, menyaksikan sijil vaksinasi digital yang diperkenalkan kerajaan bagi yang telah lengkap vaksinasi Covid-19 menjadi...
KUALA LUMPUR, 7 SEPT: Sebanyak 68.8 peratus atau 16,107,712 individu daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).
SHAH ALAM, 6 SEPT: Sebanyak 65.9 peratus atau 11,441 kes daripada jumlah keseluruhan 17,352 kes harian Covid-19 tiada sejarah atau tidak lengkap suntikan vaksin.
KUALA LUMPUR, 6 SEPT: Sebanyak 68 peratus atau 15,926,601 individu daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.