Jualan murah itu menawarkan ayam seekor (RM10), daging pejal (RM10/pek), telur (RM9 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak dua kg (RM10) dan beras lima kg (RM12).
PUTRAJAYA, 31 JULAI: Kerajaan mengumumkan langkah penstrukturan semula subsidi telur ayam berkuat kuasa esok (1 Ogos) sebagai sebahagian daripada pendekatan penyasaran subsidi secara berfasa yang lebih lestari dan berimpak tinggi.
KUALA LUMPUR, 6 MEI: Langkah Malaysia memeterai perjanjian pensijilan halal dengan Indonesia serta pemansuhan kawalan harga telur secara berperingkat, mendapat perhatian serta pujian Bank Dunia yang menyifatkannya sebagai positif dalam landskap ekonomi negara.
KIMANIS, 3 MEI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memantau ketat harga dan bekalan telur berikutan pengurangan subsidi terhadap barangan itu yang bermula Khamis lepas (1 Mei), kata Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali.
SHAH ALAM, 2 MEI: Rata-rata peniaga kecil meluahkan kebimbangan sekiranya perniagaan mereka terjejas susulan pengumuman pemansuhan subsidi telur.
PUTRAJAYA, 17 JUN: Orang ramai diminta melaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) jika harga telur ayam di pasaran didapati masih tidak berubah walaupun selepas kerajaan mengumumkan penurunan harganya hari ini.
KUALA LUMPUR, 13 OKT: Kawalan harga sementara bagi telur dan ayam yang ditetapkan sebelum ini akan dilepaskan supaya pasaran tempatan boleh berfungsi semua dengan bebas dalam memastikan keterjaminan bekalan tersebut di pasaran.
KUALA LUMPUR, 9 JUN: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju supaya pemberian subsidi serta kawalan harga ayam dan telur, yang sepatutnya berakhir 30 Jun ini, diteruskan selepas 1 Julai ini.
JOHOR BAHRU, 1 APRIL: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah memutuskan untuk mengekalkan harga siling ayam dan telur sehingga selepas perayaan Aidilfitri.
KUALA LUMPUR, 21 MAC: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) mengedarkan sebanyak 18.06 juta biji telur ayam untuk dipasarkan melalui 368 outlet peruncitannya sejak November tahun lepas hingga hari ini.
Oleh AZIAN AZIZ SELAYANG, 20 FEB: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diminta menambah jumlah telur kepada 500 papan dalam program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) di kawasan yang mempunyai ramai pembeli. Pegawai Operasi Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia...
KLANG, 1 FEB: Wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Meru menampung perbelanjaan 20 individu kurang berkemampuan untuk membeli barangan asas di program jualan murah anjuran Kerajaan Negeri, hari ini.
PUTRAJAYA, 17 JAN: Kekurangan bekalan telur di pasaran negara ini semakin pulih susulan langkah sementara yang diambil kerajaan membenarkan telur diimport, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu.
SHAH ALAM, 18 DIS: Dalam tempoh kurang sejam, 200 papan telur habis terjual pada program Jualan Ehsan Rakyat (JER) di Dewan Harmoni, Seksyen 19 di sini hari ini.
SHAH ALAM, 5 DIS: Harga telur yang kadarnya lebih rendah akan diumum Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu esok.
PUTRAJAYA, 9 OKT: Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian subsidi kepada penternak ayam dan pengeluar telur ayam dari bulan ini hingga Disember ini pada kadar 80 sen sekilogram (kg) bagi ayam dan 8 sen sebiji bagi telur.
KUALA NERUS, 25 SEPT: Kekurangan bekalan telur ayam di beberapa kawasan di seluruh negara baru-baru ini hanya bersifat sementara dan berjaya diselesaikan dalam waktu yang singkat.
PUTRAJAYA, 2 JUN: Kerajaan bersetuju melanjutkan harga maksimum runcit ayam standard, ayam super dan telur ayam menerusi Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam hingga 30 Jun ini.
GURUN, 21 APRIL: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) memberi jaminan bekalan ayam dan telur mencukupi menjelang perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.
SHAH ALAM, 10 APRIL: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) sedia meneruskan program Jualan Prihatin Rakyat yang dijadualkan berakhir hujung bulan ini sekiranya mendapat permintaan ramai.
Media rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini secara sahih dan terpercaya.