SUBANG, 1 JUN: Pasukan Operasi Starlight III Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selamat tiba di tanah air malam ini selepas melaksanakan misi bantuan kemanusiaan selama 38 hari di Myanmar susulan kejadian gempa bumi kuat yang melanda negara itu pada 28 Mac lepas.