KUALA LUMPUR, 10 DIS: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul anak perempuannya yang juga orang kurang upaya (OKU) sehingga mengalami kecederaan, Jumaat lepas.
TUMPAT, 7 DIS: Dakwaan doktor dipukul penolong pegawai perubatan di sebuah hospital di Perak tidak boleh dipandang ringan dan siasatan secara menyeluruh sedang dibuat, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
TAWAU, 28 NOV: Dua saksi pendakwaan kes bunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa mereka melihat pelajar itu dipukul di bilik asrama kolej pada malam 21 Mac lepas.
KUALA LUMPUR, 21 OKT: Polis menahan dua beranak disyaki mencederakan pembantu rumah warga Indonesia kerana dikatakan malas dan sering lupa membuat kerja rumah di sebuah rumah di Taman Putra Sulaiman di sini, pada 14 Okt lepas.
GEORGE TOWN, 3 SEPT: Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian pergaduhan membabitkan mangsa warga asing di sebuah pusat hiburan di Bay Avenue, dekat sini hari ini.
KUALA LUMPUR, 27 OGOS: Tidak berpuas hati akibat sering ditegur dipercayai menjadi punca seorang penyelia syarikat dipukul sehingga parah di sebuah asrama pekerja di Taman Ampang Utama di sini.
PORT DICKSON, 25 JUN: Seorang juruteknik yang rakaman video perbuatan dia memukul isterinya menjadi tular di media sosial bulan lepas, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan menggunakan kekerasan jenayah terhadap isterinya.
PORT DICKSON, 20 JUN: Polis membuka kertas siasatan berkaitan dakwaan kejadian seorang suami memukul isterinya di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.
BUKIT MERTAJAM, 13 MEI: Tindakan seorang lelaki yang enggan memberhentikan keretanya selepas diarahkan Unit Kereta Peronda (MPV) polis berakhir dengan penahanannya di Plaza Tol Sungai Nyior, Lebuhraya Butterworth/Kulim (BKE) setelah dikejar lebih 15 kilometer seperti yang tular di media sosial.
KUALA LUMPUR, 27 APRIL: Polis menahan seorang pemandu peribadi bagi membantu siasatan kes khianat dan menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki di Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, semalam.
GUA MUSANG, 23 APRIL: Kementerian Pendidikan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kes seorang guru lelaki dipercayai memukul rakan sekerjanya di sebuah sekolah rendah di daerah Kemaman, Terengganu, Ahad lepas.
IPOH, 11 APRIL: Polis menahan empat lelaki warga Pakistan kerana memukul pemandu kereta susulan kemalangan jalan raya yang menyebabkan tiga rakan senegara mereka maut di Kilometer 16, Jalan Teluk Intan-Bidor, Teluk Intan, semalam.
SHAH ALAM, 23 MAC: Polis Selangor mengesahkan individu yang ditemukan maut dipercayai akibat dipukul di Taman Impian Indah, Kajang hari ini merupakan seorang anggota polis.
KUALA LUMPUR, 25 FEB: Tempoh reman terhadap lima lelaki yang disyaki memukul seorang lelaki hingga maut di Taman Pelangi Semenyih 2 dekat sini, Selasa lepas disambung empat hari lagi.
KUALA LUMPUR, 22 FEB: Hanya kerana tidak berpuas hati almari kasut diletakkan di laluan masuk ke biliknya, seorang pemuda bertindak kejam memukul ibunya dengan menggunakan stereng kereta, menyebabkan mangsa patah dua batang gigi dan berdarah di kepalanya.
GEORGE TOWN, 19 FEB: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret di sini hari ini atas empat pertuduhan termasuk mencederakan ibunya dengan menggunakan rotan minggu lepas.
PUTRAJAYA, 6 FEB: Seorang lelaki ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan kes pukul seorang warga emas di hadapan sebuah klinik swasta di Putra Perdana, Sepang di sini.
KUALA LUMPUR, 1 FEB: Tiga lelaki tempatan ditahan polis semalam di sekitar Kajang, bagi membantu siasatan kes melibatkan mengurung dan menyamun seorang wartawan lelaki warga China, hujung tahun lepas.
KUALA LUMPUR, 28 JAN: Lima individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam satu kes pukul seorang lelaki di Lorong Ikan Emas 6, Ampang di sini, pada Selasa.
SEREMBAN, 25 JAN: Polis menahan seorang lelaki 47 tahun yang dipercayai memukul dan menendang anak perempuannya berumur 17 tahun hingga cedera, di sini, semalam.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.