KUALA LUMPUR, 18 NOV: Orang ramai tidak perlu bimbang untuk keluar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) esok, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
SHAH ALAM, 18 NOV: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat tempat di hati pengundi sebagai calon perdana menteri dengan sokongan 32.6 peratus berbanding Tan Sri Muhyiddin Yassin (25.5 peratus) dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (16.5 peratus).
SHAH ALAM, 18 NOV: Pakatan Harapan (HARAPAN) mendahului dua lagi gabungan besar dengan 82 kerusi berbanding Perikatan Nasional (PN) 43 kerusi dan Barisan Nasional (BN) 15 kerusi, ramal firma penyelidik Merdeka Center.
SHAH ALAM, 18 NOV: Penduduk Teluk Intan, Perak tetap bersemangat mahu menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) esok, biarpun rumah mereka dilanda banjir.
KUALA LANGAT, 18 NOV: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Kuala Langat menyediakan lebih 30 kenderaan sebagai galakan dan memudahkan penduduk keluar mengundi.
Sedutan laporan firma penyelidik Ilham Centre mengenai kedudukan parti-parti bertanding sepanjang tempoh berkempen mulai 5 November lalu.
SHAH ALAM, 18 NOV: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pusat mengundi bagi Parlimen Sepang yang baharu adalah di Sekolah Rendah Agama (SRA) Dengkil.
SHAH ALAM, 18 NOV - Tindakan Barisan Nasional (BN) menukar beberapa calon mencetuskan "tindak balas yang sukar dikawal" sehingga berisiko berlaku sabotaj di enam kerusi.
SHAH ALAM, 18 NOV: Sebanyak 26 kerusi berdepan persaingan sengit yang sukar ditentukan, antaranya melibatkan pertembungan calon-calon popular di kawasan mencabar, kata firma penyelidik Ilham Centre hari ini.
SHAH ALAM, 18 NOV: Pesona Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertanding di Parlimen Tambun menukar naratif daripada kerusi selamat Perikatan Nasional kepada kerusi boleh menang Pakatan Harapan (HARAPAN).
SHAH ALAM,18 NOV: Firma kaji selidik terkenal Ilham Centre meramalkan Pakatan Harapan (HARAPAN) menang 86 kerusi, jauh mengatasi Barisan Nasional (BN) dengan 51 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) 25 kerusi.
Oleh FAIZAL NAZARUDDIN SHAH ALAM: 18 NOV: Pelbagai program yang memberi manfaat kepada wanita dan anak muda dijalankan Pakatan Harapan (HARAPAN) sepanjang mentadbir Selangor. Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menjelaskan Kerajaan Negeri sejak 2018 berbelanja ratusan juta ringgit...
SHAH ALAM, 18 NOV: Orang ramai di semua 22 kerusi parlimen di Selangor digalakkan keluar awal di sebelah pagi untuk membuang undi esok kerana ribut petir dijangka terjadi di semua tempat pada petang.
GOMBAK, 18 NOV: Kurang 24 jam sebelum kempen pilihan raya umum ke-15 tamat, siri ceramah Dato’ Seri Amirudin Shari terus menarik ribuan orang yang membayangkan angin perubahan di Parlimen Gombak.
Oleh DIANA ABD WAHAB HULU SELANGOR, 18 NOV: Pakatan Harapan (HARAPAN) Hulu Selangor akan menyediakan enam ambulans bagi membawa pesakit Parlimen itu keluar mengundi esok. Dr Sathia Prakash Nadarajan berkata kemudahan itu khas untuk pesakit terlantar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Bernam,...
GOMBAK, 17 NOV: Dato' Menteri Besar menasihati perantau yang mahu pulang ke kampung untuk mengundi supaya berhati-hati di jalan raya bagi mengelak insiden tidak diingini.
KUALA LANGAT, 17 NOV: Ibu bapa berperanan memastikan anak-anak menjalankan tanggungjawab untuk keluar mengundi dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) pada 19 November.
KUALA LUMPUR, 17 NOV: Aliran trafik di lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan ekoran pertambahan bilangan kenderaan yang bergerak menuju ke destinasi pengundian sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu ini.
BUKIT MERTAJAM, 17 NOV: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa membuat ketetapan awal sekiranya wujud keperluan menunda pilihan raya umum ke-15 (PRU15) di kawasan yang dilanda banjir.
KUALA SELANGOR, 17 NOV: Penyandang kerusi Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mendedahkan menteri kewangan tidak menurunkan peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang sepanjang 2020 dan 2021.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.