BUKIT MERTAJAM, 12 NOV: Remaja lelaki yang juga pemandu kereta dalam kemalangan membabitkan dua mangsa maut di Kilometer 1.9 Jambatan Pulau Pinang menuju arah Perai, di sini, awal pagi semalam dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
MELAKA, 12 NOV: Seorang suri rumah ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman senjata tajam di dada di dalam tandas rumahnya di Taman Vista Kirana, Bukit Katil di sini petang semalam.
BUKIT MERTAJAM, 11 NOV: Dua maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka dirempuh kereta Toyota Lexus dipandu remaja berusia 16 tahun yang hilang kawalan setelah melanggar sebuah lori di Kilometer 1.9 Jambatan Pulau Pinang arah Perai, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Seberang...
SHAH ALAM, 9 NOV: Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah selepas menahan 10 lelaki serta merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM10.4 juta di sekitar Klang dan Sungai Buloh, dekat sini, pada Selasa dan Rabu lepas.
KUALA LUMPUR, 9 NOV: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemukan maut selepas dipercayai ditinggalkan lebih tujuh jam di dalam kereta di Ara Damansara, semalam.
JOHOR BAHRU, 8 NOV: Seorang lelaki mengalami kerugian sebanyak RM846,500 dipercayai akibat terpedaya dengan pelaburan yang ditawarkan menerusi laman web sebuah syarikat dengan keuntungan lumayan dalam tempoh tiga jam.
KUANTAN, 7 NOV: Polis giat mengesan lima lelaki warga tempatan termasuk seorang yang dipercayai dalang utama dalam kes kecurian cip kasino bernilai lebih RM4.6 juta di Genting Highlands pada 28 Okt lepas, yang dipercayai kecurian cip terbesar di pusat peranginan itu.
SHAH ALAM, 3 NOV: Polis menahan dua lelaki warga tempatan kerana disyaki menggodam papan menu digital sebuah restoran makanan segera di Kuala Langat, pada Selasa lepas.
BUKIT MERTAJAM, 3 NOV: Seorang lelaki bertindak nekad merempuh kenderaan polis selepas dikejar lapan kilometer dari Kulim, Kedah ke kawasan perumahan di Taman Bukit Indah, di sini pada 9.30 malam semalam.
SUNGAI PETANI, 1 NOV: Dua kanak-kanak lelaki ditemukan lemas di dalam sebuah kolam ternakan udang berdekatan rumah mereka di Kampung Sungai Emas Hujung, Kota Kuala Muda dekat sini, petang tadi.
KANGAR, 1 NOV: Polis merampas 70 kg dadah jenis ganja bernilai RM217,000 dalam tugasan rondaan Op Taring oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) di kawasan sempadan negara di Padang Besar pada 26 Oktober lepas.
KUALA LUMPUR, 28 OKT: Polis menahan 106 warga asing kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah, ketika diperiksa dalam satu operasi di sebuah pasar borong di sini hari ini.
PETALING JAYA, 28 OKT: Kadar Indeks Jenayah bagi seluruh negara turun 1.1 peratus apabila 25,482 kes direkodkan bagi Januari hingga Jun tahun ini berbanding 25,774 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
KUALA LUMPUR, 25 OKT: Kawasan sekitar Taman Perindustrian Jaya, Ara Damansara, Petaling Jaya, di sini, yang ditutup kepada orang awam susulan berlaku kebocoran gas amonia di sebuah kilang ais semalam, kini dibuka semula.
KUALA LUMPUR, 24 OKT: Orang ramai diingatkan supaya mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya ketika menyertai perhimpunan aman di ibu negara.
IPOH, 24 OKT: Polis menahan dua lelaki tempatan melakukan cubaan bunuh ke atas seorang anggota polis yang sedang bertugas dalam satu kejadian di Kampung Gajah, semalam.
SHAH ALAM, 23 OKT: Polis menasihatkan orang ramai berhati-hati dengan penipuan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) aplikasi perniagaan (fail.apk) untuk mencuri data perbankan.
PASIR GUDANG, 23 OKT: Polis menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai mengintai seorang wanita di tandas sebuah pasar raya di Taman Bukit Dahlia di sini, semalam.
KUALA LUMPUR, 23 OKT: Polis menahan seorang ahli perniagaan awal pagi tadi bagi membantu siasatan kes pengasas bersama syarikat penerbangan yang ditahan Selasa lepas.
KOTA BHARU, 18 OKT: Polis Kelantan sedang mengesan pemilik kenderaan berhubung kes kanak-kanak tecampak dari sebuah kenderaan dalam kejadian di lampu isyarat berdekatan Jalan Sultan Yahya Petra pada 5.42 petang, semalam.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.