SHAH ALAM, 6 JAN: Tiga lelaki direman dua hari sehingga esok bagi membantu siasatan berhubung kes menceroboh masuk kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di sini, semalam.
KUALA LUMPUR, 4 JAN: Polis sedang mengesan dua adik-beradik lelaki berusia 16 dan 15 tahun yang dilaporkan hilang di Taman Bernam Jaya, Hulu Bernam, Selangor sejak pagi Isnin lepas.
KUALA LUMPUR, 4 JAN: Satu sindiket curi kenderaan pacuan empat roda tumpas apabila dua lelaki ditahan di dua lokasi sekitar Subang Jaya dan Ampang, pada 27 Dis lepas.
SEREMBAN, 4 JAN: Seorang lelaki warga emas berusia 74 tahun ditemukan mati dengan kesan tikaman di belakang badan dan kedua-dua buku lali kaki di sebuah rumah di Kampung Pasir Rantau, dekat sini, 10.10 pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 4 JAN: Polis menahan seorang lelaki yang memiliki kepakaran teknologi maklumat kerana disyaki menggodam dan menjual data milik sebuah agensi kerajaan di laman sesawang "darkweb".
SHAH ALAM, 3 JAN: Hanya kerana menutup pintu dengan kuat, seorang wanita dibelasah oleh suaminya dalam satu kejadian di sebuah rumah di Taman Maju Jaya, Ampang Jaya, kelmarin.
SEREMBAN, 2 JAN: Polis sedang mengesan seorang wanita warga tempatan bagi membantu siasatan kes penipuan dalam urusan katering untuk majlis perkahwinan di Jempol dekat sini pada Disember lepas.
KUALA LUMPUR, 2 JAN: Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberi jaminan siasatan terhadap kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin tidak akan dihentikan meskipun tiada petunjuk baharu ditemukan setakat ini.
MELAKA, 1 JAN: Seorang pekerja kebun kelapa sawit warga Indonesia ditahan kerana membunuh majikannya, di sebuah rumah di kebun berkenaan di Sungai Udang, di sini, pada 22 Dis lepas.
KUALA LUMPUR, 1 JAN: Sejumlah 598,635 kes kemalangan jalan raya dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh 1 Jan hingga 30 Dis tahun lepas.
ALOR GAJAH, 31 DIS: Wang simpanan seorang kontraktor berjumlah RM146,313.60 lesap dalam tempoh tiga hari akibat diperdaya sindikit pelaburan Bitcoin yang tidak wujud secara dalam talian.
SIBU, 30 DIS: Seorang kerani sebuah syarikat di sini kerugian kira-kira RM240,000 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan wang dalam talian menerusi sebuah aplikasi.
KUANTAN, 29 DIS: Seorang pesara syarikat swasta berputih mata apabila mengalami kerugian sebanyak RM730,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud menerusi laman sosial.
KUALA LUMPUR, 29 DIS: Polis Diraja Malaysia telah menggerakkan 750 anggota dan 144 aset bagi membantu operasi di lima negeri yang terjejas dengan banjir, setakat semalam.
IPOH, 29 DIS: Dua lelaki maut akibat terperangkap di dalam kereta pacuan empat roda yang tenggelam selepas dipercayai tergelincir lalu terbalik ke dalam tali air di Kampung Pulau Pisang, Jalan Bota Kiri-Tanjung Belanja pagi tadi.
SHAH ALAM, 28 DIS: Siasatan kes bunuh kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin tidak akan ditutup meskipun tiada petunjuk atau bukti baharu.
PUTRAJAYA, 27 DIS: Sejumlah 647 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 154 petugas Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) telah diatur gerak ke kawasan banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah.
KUANTAN, 27 DIS: Polis sedang menyiasat video tular yang memaparkan aksi berbahaya sekumpulan penunggang motosikal melakukan gaya “superman" sehingga menyebabkan berlaku kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1).
PASIR MAS, 26 DIS: Mangsa kedua kes lemas di Kampung Petai Dusun, Baroh Pial di Rantau Panjang, di sini, berjaya ditemukan pada 7 pagi tadi selepas dua hari operasi mencari dan menyelamat dilakukan.
IPOH, 24 DIS: Polis sedang mengesan dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah sehingga mengakibatkan kerugian kira-kira RM1.24 juta di Taman Mansion di sini pada 12 Dis lepas.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.