KUALA LUMPUR, 21 JAN: Polis menahan seorang lelaki warga asing yang disyaki terlibat dalam kes samun berkawan bersenjata di sebuah kedai haiwan di Taman Muda, Ampang pada 22 Nov lepas.
TASEK GELUGOR, 21 JAN: Sebuah lori merempuh enam kenderaan lain yang berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Ara Kuda di sini semalam, dipercayai akibat kerosakan brek.
TANAH MERAH, 20 JAN: Polis menahan dua lelaki bersama minyak masak dan gula yang cuba diseludup ke negara jiran Thailand, semalam.
SEREMBAN, 18 JAN: Seorang inspektor polis antara tujuh individu ditahan disyaki terlibat melarikan seorang lelaki warga Bangladesh dari sebuah rumah di sini pada 10 Jan lepas.
KUALA LUMPUR, 17 JAN: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini atas empat pertuduhan melakukan jenayah seksual termasuk merogol remaja perempuan warga Uzbekistan di dalam kereta peronda, minggu lepas.
SERDANG, 17 JAN: Polis menahan dua lelaki warga Pakistan yang disyaki terlibat dengan jenayah samun dan rogol di sekitar jejantas stesen KTM Serdang.
MARANG, 16 JAN: Seorang nelayan ditemukan meninggal dunia dipercayai terkena renjatan elektrik ketika membersihkan bot di Kuala Sungai Marang, di sini pagi tadi.
KUANTAN, 13 JAN: Polis menahan 21 individu termasuk 10 wanita dan tiga warga Indonesia kerana disyaki terlibat dengan kegiatan perjudian dalam serbuan menerusi Op Dadu di sekitar daerah ini semalam.
KUALA LUMPUR, 11 JAN: Sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi tumpas apabila polis menahan 12 lelaki dan merampas pelbagai barang termasuk 1.02 juta liter minyak diesel, yang dianggarkan bernilai RM15.18 juta di Klang, Selangor pada Selasa lepas.
ALOR SETAR, 10 JAN: Polis telah mengeluarkan saman terhadap seorang lelaki yang menghalang kenderaan Pasukan Bomba Sukarela di laluan kecemasan di Jalan Lunas-Padang Serai, dekat Kulim pada hari Ahad lepas, setelah rakaman video berhubung tindakannya itu tular di media sosial.
KUALA LUMPUR, 9 JAN: Enam anggota polis antara tujuh yang ditahan selepas disyaki memproses dan mengedar air ketum dalam operasi berasingan minggu lepas dan semalam di sekitar ibu negara.
KUANTAN, 8 JAN: Polis menahan empat lelaki yang cuba mencuri dua ekor lembu dengan menyumbat haiwan itu ke dalam kereta Proton Wira Aeroback, selepas kenderaan itu terbabas di jalan utama Mempaga-Lebu, dua hari lepas.
KUALA LUMPUR, 8 JAN: Polis menahan seorang pegawai agensi penguat kuasa yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah jenis syabu terbesar di Sabah, menjadikan keseluruhan 11 individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes itu.
JOHOR BAHRU, 7 JAN: Dua wanita dihanyutkan arus deras selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas lalu jatuh ke dalam longkang di Kilometer 42.5, Jalan Johor Bahru-Mersing, dekat Kota Tinggi, pagi tadi.
NILAI, 7 JAN: Seorang bayi lelaki berusia empat bulan meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian kepala pada Jumaat lepas.
ALOR SETAR, 7 JAN: Empat individu termasuk seorang wanita ditahan bersama dadah jenis ganja seberat 16 kilogram (kg) bernilai lebih RM50,000 dalam dua serbuan berasingan di Kampung Kuala Alor, Simpang Kuala, dekat sini, Khamis lepas.
SEREMBAN, 7 JAN: Polis menumpaskan satu sindiket penipuan pendaftaran kad prabayar tidak sah beroperasi di daerah ini dan menahan dua lelaki warga asing, pada Rabu lepas.
KUALA LUMPUR, 7 JAN: Seorang lelaki warga Indonesia maut terjatuh dari tingkat 17, di sebuah kondominium di Setapak, di sini, selepas bertengkar dan menikam isterinya pagi, semalam.
KUALA LUMPUR, 6 JAN: Empat anggota polis ditahan kerana disyaki memiliki air ketum dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Yew Lai di sini, Khamis lepas.
KUANTAN, 6 JAN: Seorang pesara guru mengalami kerugian hampir RM320,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud menerusi media sosial Oktober lepas.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.