KUCHING, 15 JAN: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan kerana dipercayai memandu kereta tanpa lesen dan mengakibatkan kemalangan yang meragut lima nyawa di Jalan Stutong Baru tengah hari semalam.
KUANTAN, 13 JAN: Polis menahan seorang peniaga dan merampas 47 pucuk senjata api tiruan yang disyaki untuk dijual secara dalam talian selepas menyerbu sebuah rumah di Inderapura, di sini 2 Jan lepas.
KUCHING, 12 JAN: Sepuluh individu termasuk tujuh wanita ditahan manakala 137 laras senjata tiruan dirampas dalam serbuan di lima premis menjual barang mainan di kawasan Kuching dan Samarahan, semalam.
IPOH, 12 JAN: Seorang lelaki warga emas kerugian RM974,000 akibat terperdaya dengan tawaran skim pelaburan tidak wujud secara dalam talian, baru-baru ini.
SEREMBAN, 10 JAN: Empat cedera selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang ketika berada di dalam sebuah kedai makan di Nilai dekat sini, malam tadi.
KUALA LUMPUR, 9 JAN: Seorang daripada individu yang sebelum ini dilaporkan dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) disyaki akibat pengambilan dadah selepas menghadiri konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway, Subang Jaya telah pun dirakamkan keterangan semalam.
KUALA LUMPUR, 9 JAN: Polis mereman seorang lelaki tempatan selepas disyaki menyerang sehingga mendatangkan kecederaan ke atas dua pereka fesyen di sebuah hotel di Petaling Jaya malam semalam.
SHAH ALAM, 9 JAN: Seorang bayi lelaki berusia empat bulan dipercayai meninggal dunia di sebuah Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di Bandar Saujana Putra dekat sini pada Jumaat lepas.
JOHOR BAHRU, 8 JAN: Seorang lelaki maut ditembak di sebuah restoran di Taman Setia Indah, di sini dalam kejadian pada 12 tengah hari tadi.
KUANTAN, 8 JAN: Seorang suri rumah mengalami kerugian RM160,000 setelah terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud bulan lepas.
JERTIH, 6 JAN: Seorang lelaki yang terjun ke sungai dekat Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Seberang Kastam di sini malam tadi kerana cuba melarikan diri daripada serbuan polis, ditemukan lemas pagi ini.
SEREMBAN, 6 JAN: Pasangan suami isteri maut selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Seremban–Kuala Pilah (Bukit Putus) pada 6.45 petang semalam.
KUANTAN, 6 JAN: Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Jalan Besar Kampung Raja, Cameron Highlands hari ini, menyebabkan laluan terhalang.
SHAH ALAM, 5 JAN: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki menyamar sebagai anggota polis dan menyamun keluarga warga asing di sebuah kawasan perumahan di Meru, Klang dekat sini semalam.
SHAH ALAM, 4 JAN: Seramai 15 individu telah dirakam keterangan setakat ini bagi membantu siasatan berhubung kes kematian empat individu selepas menghadiri konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway, Subang Jaya pada 31 Dis lepas.
BUTTERWORTH, 3 JAN: Seorang wanita mengalami kecederaan di bahagian perut selepas ditikam dengan pisau oleh anak saudaranya ketika berlaku pertengkaran mulut antara mereka dalam kejadian di sebuah flat di Jalan Perai Jaya, Perai, pada hari ini.
KUANTAN, 3 JAN: Polis sedang memburu empat lelaki dipercayai warga tempatan terlibat dalam kes melarikan dua pelancong warga China dan melakukan samun ke atas mereka di Pekan Gohtong Jaya, Bentong dekat sini, Isnin lepas.
ALOR SETAR, 3 JAN: Polis menahan 196 etnik Rohingya yang telah mendarat di kawasan Pantai Teluk Yu, Langkawi, awal pagi tadi.
SHAH ALAM, 3 JAN: Pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipercayai melanggar seorang penunggang motosikal sehingga maut di Jalan Klang-Teluk Intan di Jeram, Kuala Selangor Selasa lepas, disahkan pegawai kanan polis yang bertugas di Bukit Aman.
SHAH ALAM, 3 JAN: Polis Selangor menangguhkan sementara kebenaran permit untuk penganjuran konsert di negeri itu sehingga siasatan kes kematian empat individu yang meninggal dunia selepas menghadiri Konsert Pinkfish di Bandar Sunway, Subang Jaya selesai dijalankan.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.