Proses pelaksanaan subsidi bersasar RON95 berjalan lancar dengan pengguna hanya mengambil masa singkat untuk proses pengesahan identiti dan pengisian petrol.
Harga runcit petrol RON95 tanpa subsidi ditetapkan pada RM2.60 seliter bagi tempoh 30 Sept hingga 8 Okt 2025, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
Sejumlah RM22.9 juta nilai pembelian petrol RON95 direkodkan dalam tempoh sehari pelaksanaan inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) di seluruh negara, semalam.
Penurunan harga RON95 kepada RM1.99 seliter mencerminkan kesungguhan kerajaan untuk terus membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat seperti yang diaspirasikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Harga petrol di Malaysia akan menjadi antara yang terendah di dunia apabila program penyasaran subsidi mula dilaksanakan pada 30 Sept ini, menurut Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Semua rakyat Malaysia layak menerima siling kelayakan bulanan subsidi bersasar petrol RON95 hingga 300 liter sebulan, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
Pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 akan menggunakan pelbagai mekanisme pembayaran, dan bukan bergantung pada penggunaan MyKad fizikal semata-mata, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menggesa syarikat pengangkutan darat awam dan barangan mendaftar menerusi Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) bagi menikmati manfaat subsidi petrol RON95.
Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel dikekalkan bagi tempoh 4 hingga 10 Sept 2025, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
KUALA LUMPUR, 30 JULAI: Harga runcit RON97 turun sebanyak 4 sen kepada RM3.17 seliter bagi tempoh 31 Julai hingga 6 Ogos.
KUALA LUMPUR, 16 JULAI: Harga runcit RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga runcit RON97 meningkat tiga sen seliter daripada RM3.18 seliter kepada RM3.21, bagi tempoh 17 hingga 23 Julai.
KUALA LUMPUR, 9 JUL: Harga runcit RON97 dan RON95 kekal masing-masing pada RM3.18 dan RM2.05 seliter manakala harga diesel di Semenanjung Malaysia naik tiga sen kepada RM2.88 seliter bagi tempoh 10 hingga 16 Julai.
KUALA LUMPUR, 25 JUN: Harga runcit RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga runcit RON97 meningkat kepada tujuh sen seliter, daripada RM3.14 seliter kepada RM3.21 bagi tempoh 26 Jun hingga 2 Julai.
KUALA LUMPUR, 28 MEI: Kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit diesel di Semenanjung sebanyak tiga sen kepada RM2.77 seliter bagi tempoh 29 Mei hingga 4 Jun ini, seiring perubahan harga pasaran minyak dunia.
KUALA LUMPUR, 14 MEI: Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia turun tiga sen iaitu masing-masing ditetapkan pada RM3.07 dan RM2.77 seliter bagi tempoh 15 hingga 21 Mei ini.
KUALA LUMPUR, 7 MEI: Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia turun lapan sen iaitu masing-masing ditetapkan pada RM3.10 dan RM2.80 seliter bagi tempoh 8 hingga 14 Mei ini.
KUALA LUMPUR, 23 APRIL: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara kekal tidak berubah, masing-masing pada RM3.18 dan RM2.05 seliter dari 24 hingga 30 April ini.
KUALA LUMPUR, 9 APRIL: Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia turun sebanyak lima sen iaitu masing-masing ditetapkan pada RM3.28 seliter dan RM2.98 seliter bagi tempoh 10 hingga 16 April ini.
KUALA LUMPUR, 2 APRIL: Harga diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada paras RM3.03 manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter, bermula esok hingga 9 April.
KUALA LUMPUR, 5 MAC: Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia turun lima sen iaitu masing-masing ditetapkan pada RM3.38 dan RM3.13 seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Mac ini.
Media rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini secara sahih dan terpercaya.