Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menolak cadangan untuk melanjutkan cuti paterniti melebihi tujuh hari, dengan memberi amaran bahawa langkah itu akan menambah kos serta memberi tekanan operasi perniagaan, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).