KUALA LUMPUR, 18 OKT: Menyediakan laporan harian dan maklumat terkini Covid-19 dalam masa kurang daripada empat jam setiap hari, adalah tempoh kritikal bagi pasukan data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Negara (CPRC).
Mohd Helmi Husin, 48, mengangkat anaknya Nia Azzad, 5, keluar daripada rumah mereka yang telah dinaiki air berikutan fenomena air pasang besar di Kampung Sungai Janggut, Klang pada 18 Oktober 2020.
Sebuah van syarikat penghantaran barangan dan pos membantu beberapa penunggang motorsikal menyeberangi kawasan jalan raya yang dinaiki air berikutan fenomena air pasang besar di Jalan Pasir Penambang, Kuala Selangor pada 18 Oktober 2020.
SHAH ALAM, 18 OKT: Syarikat yang membina penempatan haram pekerjanya di Kuala Langat perlu merobohkan struktur kawasan itu sebelum hujung November depan.
SHAH ALAM, 18 OKT: Seorang kakitangan kepada penyewa sebuah premis di tingkat tujuh pusat beli-belah Sogo Kuala Lumpur disahkan positif Covid-19 pada Jumaat.
SHAH ALAM, 18 OKT: Pertubuhan Rumah Anak Yatim Miskin Kuala Langat menerima sumbangan RM5,000 daripada Ahli Dewan Negeri (ADN) Morib semalam.
SHAH ALAM, 18 OKT: Kerja baik pulih paip air terawat yang pecah di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) siap sepenuhnya pada jam 8 pagi tadi, kata ketua komunikasi korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).
SHAH ALAM, 18 OKT: Kadar pematuhan penduduk dan peniaga di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) terhadap tatacara operasi piawai (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mencapai 95 peratus setakat ini.
KUALA LUMPUR, 18 OKT: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengeluarkan garis panduan tatacara operasi piawai (SOP), membabitkan fasiliti sukan komersial dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), yang dibenarkan beroperasi semula bermula Isnin ini.
KUALA LUMPUR, 18 OKT: Orang ramai yang ingin membuat permohonan rentas negeri diingatkan supaya tidak memberi alasan remeh dan hanya melakukannya jika ada keperluan mendesak.
GEORGE TOWN, 17 OKT: Lebih 50 banduan di Penjara Reman Pulau Pinang yang positif Covid-19, telah mula menunjukkan perkembangan baik dan semakin sembuh daripada jangkitan itu.
BANGKOK, 17 OKT: Thailand mencatatkan kes jangkitan tempatan pertama Covid-19 selepas sebulan yang membabitkan sepasang suami isteri warga Myanmar yang menetap di Mae Sot.
SHAH ALAM, 17 OKT: Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan persekutuan supaya menyediakan kelengkapan perlindungan kesihatan yang mencukupi kepada polis dan warden penjara.
PUTRAJAYA, 17 OKT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah merekodkan 4,560 kesalahan di bawah pelbagai akta dengan nilai rampasan berjumlah RM60,691,736 sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu hingga semalam.
SHAH ALAM, 17 OKT: Sebanyak 686 kawasan di Lembah Klang bakal berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual susulan henti tugas separa Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) hari ini.
KUALA LUMPUR, 17 OKT: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengenal pasti lima lagi kluster baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kluster aktif di negara ini adalah sebanyak 81, setakat ini.
SHAH ALAM, 17 OKT: Kes baharu Covid-19 di Selangor hari ini melonjak kepada 159, tertinggi sejak Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan Mac lalu.
SHAH ALAM, 17 OKT: Kes Covid-19 hari ini mencatat 869 baharu, jumlah tertinggi sejak wabak melanda negara jauh mengatasi angka 691 jangkitan pada 6 Oktober lalu.
SHAH ALAM: Aktiviti gimnasium di kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dibenarkan bermula Isnin ini, kata menteri kanan (kluster keselamatan).
KUALA LUMPUR, 17 OKT: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan kenaikan kadar gaji dan pemberian bonus secara bulanan kepada penjawat awam dalam pembentangan Belanjawan 2021, bulan depan.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.