PUTRAJAYA, 25 DIS: Sebanyak 49 kes baharu jangkitan Covid-19 varian Omicron dikesan di Malaysia, menjadikan kumulatif kes varian berkenaan kini 62 kes.
KUALA LUMPUR, 22 DIS: Penjualan tiket bas dan penerbangan bagi Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Malaysia-Singapura digantung sementara mulai esok hingga 20 Jan 2022, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
KUALA LUMPUR, 18 DIS: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan 11 lagi kes varian Omicron di Malaysia yang kesemuanya kes import dari lima negara, menjadikan jumlah kumulatif varian itu di negara ini kepada 13 kes.
SHAH ALAM, 16 DIS: Penularan wabak Covid-19 memasuki fasa baharu dengan kemunculan Omicron, varian membimbangkan (VOC) yang kelima.
Oleh Nina Muslim KUALA LUMPUR, 7 DIS: Ketika seluruh dunia termasuk Malaysia sedang bertatih untuk kembali mengatur langkah selepas tersungkur dek bahana varian Delta yang mendominasi pandemik Covid-19, timbul pula perkhabaran tentang strain baharu yang mungkin lebih berbahaya. Berita tidak...
GOMBAK, 4 DIS: Kerajaan Negeri mengadakan perbincangan khas lebih kerap bersama agensi berkaitan bermula minggu depan bagi memantau perkembangan terkini jangkitan Covid-19.
SHAH ALAM, 3 DIS: Menteri Kesihatan memaklumkan kes pertama varian membimbangkan (VOC) Omicron dikesan di negara ini melibatkan seorang penuntut antarabangsa yang belajar di Ipoh, Perak.
KUALA LUMPUR, 3 DIS: Kementerian Kesihatan mengeluarkan larangan kepada pengembara dari 26 negara yang dikenal pasti melaporkan penularan varian Omicron, daripada menyertai Gelembung Pelancongan Langkawi (GPL).
PUTRAJAYA, 1 DIS: Warga emas dan individu dengan komorbiditi disaran tidak membuat perjalanan ke luar negara buat masa ini dan mengelakkan kawasan awam yang sesak susulan kewujudan varian Omicron yang membimbangkan.
KUALA LUMPUR, 30 NOV: Usaha peralihan ke fasa endemik ditangguh seketika sehingga kerajaan mengetahui lebih lanjut mengenai varian baharu Covid-19, Omicron, yang lebih mudah merebak berbanding Delta.
JAKARTA, 28 NOV: Indonesia mengenakan sekatan ke atas semua pengembara dari lapan negara Afrika, berkuat kuasa Isnin berikutan varian baharu Covid-19, B.1.1.529 atau dikenali Omicron.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.