SHAH ALAM, 15 MAC: Polis mengesahkan kejadian seorang wanita dipercayai terjatuh daripada jejambat berhampiran i-City di Kilometer 6.5 Lebuhraya Persekutuan dari Shah Alam menghala ke Klang petang tadi.
BUTTERWORTH, 14 MAC: Seorang pekerja binaan maut selepas terjatuh daripada ketinggian 12 meter ketika membaiki bumbung di sebuah kilang pembuatan di Perai di sini semalam.
KUALA TERENGGANU, 7 MAC: Seorang pelajar tahfiz yang baru pulang menunaikan solat tarawih maut selepas motosikal dinaikinya dilanggar sebuah lagi motosikal di Jalan Kampung Pengadang Baru, di sini malam tadi.
KOTA TINGGI, 28 FEB: Seorang pelajar perempuan tingkatan enam maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum terjatuh dalam gaung di Kilometer 32 Jalan Lok Heng - Mawai di sini, petang semalam.
NILAI, 26 FEB: Seorang juruteknik wanita maut apabila kereta dipandunya terlibat kemalangan membabitkan empat kenderaan termasuk dua lori tanpa muatan di Jalan Persiaran Nilai di sini hari ini.
SHAH ALAM, 24 FEB: Seorang lelaki maut manakala anaknya selamat setelah kereta dinaiki mereka dihempap pokok tumbang susulan hujan lebat dan angin kencang di Kampung Bukit Kuda, Klang dekat sini petang tadi.
KLUANG, 23 FEB: Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di Kilometer 84, Jalan Kota Tinggi-Kluang di sini, tengah malam tadi.
GEORGE TOWN, 21 FEB: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang menyita produk gula-gula Gummy Original Basketball Soft Candy’s di sebuah premis di Jalan Sungai Dua, Butterworth dekat sini, Rabu lepas.
PUTRAJAYA, 19 FEB: Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.
SHAH ALAM, 19 FEB: Polis mengesahkan tiga daripada empat mangsa yang meninggal dunia semasa menghadiri sebuah konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway, Subang Jaya pada 31 Dis lepas adalah akibat pengambilan dadah stimulan.
KUALA LUMPUR, 18 FEB: Perselisihan faham dipercayai menjadi punca seorang wanita menikam suaminya sehingga mati dalam kejadian di hadapan sebuah pangsapuri di kawasan Kajang, semalam.
SEREMBAN, 13 FEB: Lima lelaki maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di KM 6 Jalan Bahau-Rompin malam tadi.
JASIN, 13 FEB: Lima sekeluarga termasuk empat kanak-kanak maut dalam kebakaran di Kampung Berangan Enam, Umbai di sini hari ini.
MUAR, 23 JAN: Seorang pemandu lori maut setelah kenderaan yang dipandunya melanggar bahagian belakang treler di KM132.3 Lebuh Raya Utara Selatan Arah Utara, di sini, pagi tadi.
GEORGE TOWN, 21 JAN: Seorang pelajar lelaki tingkatan lima sebuah sekolah menengah maut akibat kemalangan selepas dipercayai terlibat dengan aktiviti merempit di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini awal pagi tadi.
SEREMBAN, 19 JAN: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 8 Jalan Bahau-Kemayan, Jempol, awal pagi tadi.
JOHOR BAHRU, 19 JAN: Seorang pejalan kaki maut selepas dilanggar sebuah kereta yang hilang kawalan ketika dia sedang mengambil gambar kejadian kemalangan di Kilometer 14, Lebuh Raya Iskandar Sultan di sini pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 18 JAN: Empat individu yang maut selepas menghadiri konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway, Subang Jaya pada 31 Disember lepas disahkan mengambil dadah, berikutan darah mereka didapati mengandungi bahan terlarang berkenaan.
BANDAR PERMAISURI, 17 JAN: Seorang lelaki warga emas maut dalam kemalangan membabitkan tiga kereta di KM68 Jalan Kuala Terengganu-Kampung Raja, dekat Kampung Beris Tok Ku di sini hari ini.
KOTA BHARU, 13 JAN: Seorang lelaki maut apabila kenderaan yang dipandu terbakar selepas terbabit dalam satu kemalangan di jalan Bandar Utama Gua Musang petang tadi.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.