KOTA TINGGI, 28 JUN: Dua lelaki warga emas maut manakala sembilan lagi termasuk bayi berusia tujuh bulan cedera ringan dalam kemalangan membabitkan lima buah kenderaan berhampiran Felda Pasak, Jalan Desaru-Kota Tinggi di sini petang tadi.
KUALA LUMPUR, 28 JUN: Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggang terbabas semasa menjalankan penugasan Operasi Pencegahan Samseng Jalanan di ibu negara awal pagi tadi.
SHAH ALAM, 26 JUN: Dua penunggang motosikal termasuk seorang remaja maut, manakala dua lagi parah dalam kemalangan di Kilometer 51.1 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) menuju Pulau Carey, malam tadi.
SHAH ALAM, 26 JUN: Seorang pelajar Kolej Vokasional Banting yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kanchong, Kuala Langat dekat sini, maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di kilometer 32 Jalan Klang-Banting-Port Dickson, semalam.
ISTANBUL, 24 JUN: Sekurang-kurangnya 606 orang terbunuh dan 5,332 lagi cedera dalam serangan Israel ke atas Iran sejak 13 Jun, menurut Kementerian Kesihatan Iran pada Selasa.
MELAKA, 19 JUN: Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan maut dipercayai tertindih lengan bapanya yang meninggal dunia akibat serangan jantung dalam kejadian menyayat hati di Kampung Perigi Hang Tuah, di sini, pagi tadi.
ISTANBUL, 16 JUN: Sekurang-kurangnya 224 orang terbunuh dan lebih 1,000 lagi cedera sejak Israel melancarkan serangan ke atas Iran, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan.
KUALA LUMPUR, 15 JUN: Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan maut selepas didakwa terjatuh ketika hendak dimandikan pengasuh di Puncak Alam, Selangor Jumaat lepas.
KUALA LUMPUR, 14 JUN: Seorang lelaki maut manakala dua lagi rakannya cedera selepas disyaki ditembak dalam kejadian di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields di sini, malam tadi.
ANKARA, 10 JUN: Serangan Israel di seluruh Semenanjung Gaza sejak awal Selasa mengorbankan 37 rakyat Palestin dan mencederakan lebih 200 yang lain, termasuk 19 mangsa yang maut berhampiran pusat agihan bantuan disokong Israel, menurut petugas perubatan.
GERIK, 9 JUN: “Saya hanya mampu lihat kawan-kawan meronta dan menjerit minta tolong… Ada yang tersepit dan ada yang terus senyap, tetapi saya tidak mampu berbuat apa-apa,” itu cerita yang dikongsi seorang daripada mangsa yang terselamat dalam kemalangan maut melibatkan sebuah bas membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi tadi.
ANKARA, 8 JUN: Sekurang-kurangnya 54,772 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan genosid Israel sejak Oktober 2023, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik Kementerian Kesihatan semalam.
BOTA, 8 JUN: Jenazah lima mangsa yang maut dalam kemalangan dua kenderaan di Kilometer 7, Jalan Jerantut-Maran, Pahang, semalam dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Selat, Bota Kanan di sini, awal pagi ini.
SHAH ALAM, 5 JUN: Polis sedang mengesan pemandu kenderaan yang disyaki terlibat kemalangan dengan sebuah motosikal hingga menyebabkan penunggangnya maut dalam kejadian di jalan utama Seri Cheeding, Kuala Langat, pagi tadi.
KOTA KINABALU, 29 MEI: Dua maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu terjatuh ke gaung di Kampung Moyog, Penampang dekat sini, malam tadi.
DOHA, 26 MEI: Sekurang-kurangnya 11 kanak-kanak berusia antara tujuh bulan hingga 12 tahun dilaporkan terbunuh dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza dalam tempoh 48 jam lalu, lapor Sputnik/RIA Novosti.
SHAH ALAM, 23 MEI: Dua lelaki maut selepas kereta dinaiki terbabas ke dalam parit dan terbalik dalam kemalangan di Jalan Bernam Batu 10, Tanjong Karang, pagi tadi.
SIBU, 23 MEI: Dua lelaki maut selepas terjatuh ke dalam ruangan sempit di sebuah kapal tongkang yang berlabuh berhampiran Toyota Centre, Lorong Lanang 61, di sini hari ini.
IPOH, 20 MEI: Seorang pemandu lori treler maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan melibatkan tiga lori dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 366 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat Slim River, malam tadi.
KOTA BHARU, 15 MEI: Seorang wanita maut manakala dua anak lelakinya berusia sembilan dan 14 tahun mengalami kecederaan apabila kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Felda Chiku 3, Gua Musang hari ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.