PENGKALAN HULU, 16 MAC: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sudah bersedia untuk sekolah berasrama penuh (SBP) menerima 70 peratus daripada pelajarnya memilih aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) pada tahun hadapan.
KOTA BHARU, 9 MAC: Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan semua jenis makanan yang boleh membahayakan kesihatan murid termasuk gula-gula berbentuk vape tidak dibenarkan dijual dalam premis sekolah.
BATU PAHAT, 27 FEB: Kementerian Pendidikan (KPM) komited untuk menjadikan semua 10,237 sekolah di negara ini sebagai sekolah digital sekali gus melahirkan pelajar yang celik dan fasih menggunakan teknologi terkini.
PUTRAJAYA, 25 FEB: Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus mempertingkatkan aspek pendidikan keselamatan jalan raya dalam kalangan murid dengan menggunakan modul serta kurikulum sedia ada.
SHAH ALAM, 24 FEB: Seramai 72,385 atau 59.3 peratus daripada 122,062 murid tahun satu yang terlibat dalam program intervensi 3M (membaca, mengira dan menulis) sepanjang tahun lalu, berjaya menguasai kemahiran itu.
KUALA LUMPUR, 5 FEB: Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan pengesanan awal dalam kalangan pelajar Tingkatan 4 yang berisiko cicir bagi memastikan mereka hadir menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.
KUALA NERUS, 22 JAN: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersedia menyalurkan khidmat kaunseling kepada anak lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai dekat Kemaman, Jumaat lalu, pada bila-bila masa.
SIK, 20 JAN: Isu keciciran pelajar akan terus menjadi fokus utama Kementerian Pendidikan (KPM) sepanjang tahun ini, kata Menterinya Fadhlina Sidek.
KUANTAN, 16 JAN: Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan tidak akan berlaku sebarang pemotongan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang diagihkan kepada murid sekolah rendah dan menengah oleh mana-mana pihak termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
JOHOR BAHRU, 13 JAN: Kementerian Pendidikan (KPM) memiliki tatacara operasi piawai (SOP) pengurusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terbaik sekali gus menafikan dakwaan kebocoran kertas peperiksaan subjek Sejarah, baru-baru ini.
IPOH, 10 JAN: Kementerian Pendidikan (KPM) tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan terhadap individu yang menyebarkan maklumat palsu berhubung kebocoran kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 bagi subjek Sejarah.
KUALA LUMPUR, 10 JAN: Kementerian Pendidikan (KPM) akan membuat agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 untuk setiap murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 bagi sesi persekolahan 2024/2025, bermula 13 Jan ini.
KUALA LUMPUR, 9 JAN: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati dakwaan kebocoran kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 bagi subjek Sejarah adalah tidak berasas.
JOHOR BAHRU, 15 DIS: Program Gerakan Kepimpinan MADANI: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan (KPM) memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu berkenaan di sekolah.
SHAH ALAM, 5 DIS: Seramai 23,957 murid terjejas banjir ditempatkan di pusat pemindahan banjir (PPS) susulan Monsun Timur Laut (MTL) sejak 5 November lepas.
KUALA LUMPUR, 3 DIS: Kementerian Pendidikan (KPM) menempatkan seramai 13,749 guru baharu setakat tahun ini dalam usaha menyelesaikan isu kekurangan guru secara berperingkat dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).
KUALA LUMPUR, 26 NOV: Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan Saringan Minda Sihat sebagai mekanisme pengesanan awal mengenal pasti murid yang menghadapi masalah gangguan emosi, kata Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.
NIBONG TEBAL, 16 NOV: Kementerian Pendidikan (KPM) telah menyiapkan Panduan Pengurusan Bencana Banjir Institusi Pendidikan bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang merangkumi tindakan sebelum, semasa dan selepas banjir.
KOTA KINABALU, 14 NOV: Kementerian Pendidikan (KPM) menangani setiap aduan melibatkan kes buli di sekolah berdasarkan tatacara operasi piawai (SOP) yang telah ditetapkan oleh kementerian itu.
KUALA LUMPUR, 14 NOV: Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenalkan elemen Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bermula dari tahun satu di sekolah rendah melalui Kurikulum Persekolahan 2027.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.