KUALA LUMPUR, 6 JULAI: Keputusan peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Semester 4 Sesi 2/2024 bagi Kohort 2023 akan diumumkan esok, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).
IPOH, 27 JUN: Kementerian Pendidikan Malaysia sedang menyiasat dakwaan bahawa seorang lelaki warga Pakistan telah merasmikan satu program sukan di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Kerian.
KUALA LUMPUR, 1 JUN: Kementerian Pendidikan (KPM) akan segera memperincikan inisiatif pemberian baucar buku kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di bawah kementerian itu dan melaksanakannya dalam tempoh terdekat.
KUALA LUMPUR, 27 MEI: Kementerian Pendidikan (KPM) memberi tumpuan utama ke arah membangunkan pelan pendidikan baharu (2026-2035), Kurikulum Persekolahan 2027 dan agenda Reformasi Sekolah pada tahun ini.
KUALA LUMPUR, 26 MEI: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya dan menyiasat insiden seorang guru didakwa memalukan seorang murid sekolah rendah di hadapan rakan-rakannya.
PUTRAJAYA, 21 MEI: Keputusan calon yang berjaya ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan (KPM) bagi Sesi 2025/2026 boleh disemak mulai hari ini, bermula pukul 10 pagi.
KUALA LUMPUR, 18 MEI: Semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2025 boleh dibuat secara dalam talian mulai esok melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/ atau melalui sekolah asal masing-masing.
PUTRAJAYA, 29 APRIL: Tempoh pengajaran modul Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) akan ditambah bermula Kurikulum Persekolahan 2027 sebagai komitmen memperkasakan pelajar dengan ilmu berkaitan.
OLEH MUHAMMAD HAZIQ ROSHIDI KAJANG, 24 APRIL: Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 disifatkan antara yang terbaik dalam sejarah, mencerminkan peningkatan kualiti pendidikan negara. Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, berkata pencapaian itu membuktikan keberkesanan pendekatan dan...
PUTRAJAYA, 24 APRIL: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kesilapan pemaparan Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diedarkan hari ini.
PUTRAJAYA, 24 APRIL: Kementerian Pendidikan (KPM) akan meneliti secara terperinci prestasi setiap mata pelajaran pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, kata Ketua Setiausahanya Datuk Dr Aminuddin Hassim.
PUTRAJAYA, 24 APRIL: Sebanyak 57.8 peratus daripada 6,246 calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2024 yang tidak hadir menduduki peperiksaan menjadikan alasan bekerja sebagai sebab utama.
GEORGE TOWN, 21 APRIL: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melatih semula lebih 100,000 guru di seluruh negara dalam bidang pedagogi digital dan kaedah pengajaran abad ke-21, sejajar dengan Pelan Tindakan Pendidikan Asean 2021–2025.
KEPALA BATAS, 21 APRIL: Kementerian Pendidikan (KPM) sedia melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) semasa Sidang Kemuncak Asean pada Mei dan Oktober depan bagi mengelak kesesakan jalan raya.
GEORGE TOWN, 18 APRIL: Kementerian Pendidikan (KPM) menyasarkan lebih 10,000 sekolah di seluruh negara dilengkapi dengan kemudahan papan pintar atau smartboard menjelang 2027 sebagai usaha memperkukuh penggunaan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) dalam sistem pendidikan negara.
GEORGE TOWN, 18 APRIL: Kementerian Pendidikan (KPM) tidak berkompromi dengan sebarang kesalahan oleh warga pendidik di negara ini khususnya kesalahan seksual, kata menterinya Fadhlina Sidek.
PUTRAJAYA, 17 APRIL: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 akan diumum pada 24 April ini menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
KUALA LUMPUR, 2 APRIL: Kementerian Pendidikan (KPM) akan menyalurkan sumbangan RM1,000 kepada warganya, termasuk guru dan murid yang terjejas insiden kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor.
PUTRAJAYA, 20 MAC: Projek rintis sekolah bertingkat bakal dilaksanakan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pulau Pinang bermula tahun ini bagi menangani isu sekolah padat.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.