PETALING JAYA, 26 JAN: Sebanyak 2,000 lokasi Jualan Rahmah Madani dirancang sepanjang tahun ini berbanding hanya 1,400 pada 2024, kata Dato’ Menteri Besar.
KUALA LUMPUR, 25 JAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menggerakkan pegawai secara konsisten bagi memantau harga barangan sepanjang pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina 2025 berkuat kuasa hari ini.
TELUK INTAN, 21 JAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menambah lima barangan baharu dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina kali ini.
PUTRAJAYA, 20 JAN: Semua pihak diminta tidak membuat spekulasi berhubung isu penyalahgunaan logo halal membabitkan produk 'ham dan cheese' yang dijual dalam premis di sebuah universiti awam di Kuala Lumpur, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.
PUTRAJAYA, 17 JAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melakukan tiga serbuan berasingan ke atas premis disyaki menjalankan aktiviti penyelewengan serta ketirisan barangan kawalan dan bersubsidi pada 15 dan 16 Januari lalu.
IPOH, 16 JAN: Tindakan sebuah premis perniagaan di Kampung Boyan dekat Taiping mengenakan syarat pembelian barangan lain sebelum dibenarkan membeli minyak peket satu kilogram (kg) membawa padah, apabila diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, semalam.
PUTRAJAYA, 13 JAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membuka kertas siasatan terhadap sebuah kilang pembuat roti sandwic di Sunway Damansara, Petaling Jaya, Selangor kerana disyaki menyalah guna logo halal.
PUTRAJAYA, 13 JAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar telah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi mengambil tindakan penguatkuasaan dan membawa ke muka pengadilan terhadap pihak yang menyalahgunakan logo halal.
KUALA LUMPUR, 9 JAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyerbu sebuah restoran popular dengan menu 'cili pan mee' di Balakong di sini tengah hari tadi kerana mempamerkan pelekat Muslim Kitchen walaupun tidak mempunyai sijil halal sah.
IPOH, 9 JAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita 140 kilogram (kg) masak peket 1 kg selepas menyerbu sebuah premis di Batu Kurau, Taiping, apabila peniaga di premis berkenaan didapati menjual minyak tersebut hanya kepada orang yang tertentu sahaja.
IPOH, 8 JAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak merampas produk pencuci pakaian berjenama disyaki tiruan dalam dua serbuan berasingan di Seri Iskandar dan Taiping, semalam.
KUALA LUMPUR, 23 DIS: Inisiatif Kita Gempur yang dilancarkan sejak 19 Oktober lepas dapat mengekang tindakan peniaga yang tidak mematuhi pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena perayaan Krismas ini sekiranya, orang ramai bekerjasama menyalurkan maklumat.
KUALA LUMPUR, 18 DIS: Sebanyak 56 kes penipuan logo dan pensijilan halal melibatkan nilai rampasan RM1.813 juta dilaporkan tahun ini setakat Isnin lalu, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh.
SHAH ALAM, 6 DIS: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor merampas lebih 6,000 barangan disyaki menggunakan cap dagangan secara tidak sah bernilai RM37,000 dalam serbuan di dua lokasi berbeza, semalam.
SHAH ALAM, 3 DIS: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membuat penetapan berhubung agihan minyak masak paket bagi memastikan pengguna menerima manfaat barangan subdisi itu.
MELAKA, 29 NOV: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan stok bekalan barangan keperluan asas bagi negeri yang dilanda banjir adalah mencukupi.
KUALA LUMPUR, 21 NOV: Kempen ‘Jom Kosong’ yang dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam usaha mengurangkan pengambilan gula di seluruh negara semakin mendapat sambutan.
TEMERLOH, 30 OKT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menjalankan 942 pemeriksaan ke atas premis perniagaan di seluruh negara, melibatkan 11 premis borong dan 931 kedai runcit dalam pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2024 sejak 28 Okt hingga semalam.
KUALA LUMPUR, 30 OKT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor bersama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah menyerbu sebuah rumah penyembelihan ayam di Puchong dekat sini, malam tadi, atas pelbagai kesalahan termasuk pelanggaran manual tatacara Pensijilan Halal Malaysia.
KUALA LUMPUR, 24 OKT: Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengingatkan semua penjual peranti rokok elektronik atau vape supaya mendapatkan kebenaran atau perakuan daripada Institut Piawaian dan Penyelidikan (SIRIM).
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.