HAMILTON (Kanada), 22 JULAI: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam memaklumkan 87.7 peratus daripada Wilayah Gaza kini berada dalam kawasan yang diisytihar sebagai zon ketenteraan Israel, tertakluk kepada perintah pemindahan, atau berada dalam kawasan yang bertindih antara keduanya, lapor Anadolu Ajansi (AA).