KOTA BHARU, 4 DIS: Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat di satu-satunya jajahan yang masih lagi terkesan dengan bencana itu iaitu Pasir Mas, apabila mencatatkan 6,009 orang daripada 1,952 keluarga setakat 9 malam ini, berbanding 4,631 orang daripada 1,508 keluarga petang tadi.