BATU KAWAN, 19 JULAI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat agar tidak terpengaruh dengan hasutan kebencian kaum atau meluahkan perasaan hingga menjejaskan keharmonian, sebaliknya fokus kepada perpaduan dalam kepelbagaian yang menjadi kekuatan Malaysia bagi menyokong usaha kerajaan memajukan negara.