TOKYO, 29 JULAI: Amaran strok haba dikeluarkan bagi 38 daripada 47 wilayah Jepun ketika gelombang haba luar biasa Isnin lalu mungkin menyebabkan suhu mencecah 40 darjah Celsius di beberapa kawasan, lapor Xinhua.
KUALA LUMPUR, 23 MEI: Atlet olahraga negara Muhammad Nazmi Nasri memerlukan tempoh kurang dua tahun sahaja untuk mencipta impak kehadirannya di pentas antarabangsa apabila meraih pingat emas acara lompat jauh T37 (kecacatan fizikal) lelaki pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun hari ini.
KUALA LUMPUR, 11 MEI: Hampir separuh perjalanan hidup guru wanita ini dihabiskan di Jepun semata-mata untuk mengajar bahasa Melayu sekali gus memartabatkan serta menyuburkan lagi bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat di negara matahari terbit itu.
KOTA BHARU, 2 MEI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau menggalakkan Jepun dan Qatar untuk menerokai pelaburan di Kelantan.
KUALA LUMPUR, 7 MAC: Penyerang muda negara Luqman Hakim Shamsudin tampak berkeyakinan dalam debut bersama Y.S.C.C Yokohama yang menewaskan Mito Hollyhock 1-0 pada saingan Piala Levain di Yokohama, Jepun malam tadi.
TOKYO, 11 JAN: Jumlah korban akibat bencana gempa bumi yang melanda wilayah Ishikawa di tengah Jepun kini mencecah seramai 213 orang pada Khamis, lapor Xinhua memetik media tempatan.
TOKYO, 7 JAN: Seorang wanita berusia 90-an berjaya diselamatkan, lima hari selepas gempa bumi kuat melanda Jepun yang mengorbankan sekurang-kurangnya 126 nyawa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
TOKYO, 6 JAN: Angka kematian meningkat kepada 100 orang di wilayah Ishikawa selepas beberapa siri gempa bumi mencecah 7.6 pada skala Richter melanda wilayah itu, lapor Xinhua.
TOKYO, 5 JAN: Angka kematian akibat gempa bumi di wilayah Ishikawa di tengah Jepun meningkat kepada 92 orang dengan jumlah penduduk yang tidak dapat dikesan melebihi 200 orang, empat hari selepas beberapa siri gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter melanda wilayah itu dan kawasan sekitarnya.
PUTRAJAYA, 4 JAN: Tiada rakyat Malaysia di Jepun yang terjejas dalam kejadian bencana gempa bumi dan kemalangan pesawat di lapangan terbang yang berlaku minggu ini, kata menteri luar.
TOKYO, 4 JAN: Korban akibat gempa bumi di Ishikawa Jepun meningkat kepada 78 orang setakat pagi Khamis, selepas beberapa siri gempa bumi mencecah sehingga 7.6 pada skala Richter melanda wilayah itu dan kawasan sekitarnya, lapor Xinhua.
KUALA LUMPUR, 1 JAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan rasa simpati dengan tragedi gempa bumi yang melanda Wilayah Ishikawa di tengah Jepun, hari ini.
PUTRAJAYA, 1 JAN: Setakat laporan terkini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas akibat gempa bumi di Jepun pada Isnin, kata Kementerian Luar (Wisma Putra).
TOKYO, 1 JAN: Sebanyak 29 gempa bumi dengan magnitud maksimum 7.6 berlaku di wilayah Ishikawa dan Niigata di Jepun dalam tempoh dua jam pada Isnin, menurut data yang dianalisis oleh Sputnik.
TOKYO, 1 JAN: Tsunami setinggi 0.4 meter dicatatkan berhampiran loji kuasa nuklear (NPP) Kashiwazaki-Kariwa di wilayah Niigata, Jepun, kata Tokyo Electric Power Company (TEPCO) pada Isnin.
TOKYO, 1 JAN: Satu siri gempa bumi kuat, dengan yang terbesar berukuran sehingga 7.6 magnitud, melanda wilayah Ishikawa di tengah Jepun pada Isnin, kata Agensi Meteorologi Jepun (JMA).
KUALA LUMPUR, 22 DIS: Potensi pelaburan bernilai RM6.56 bilion daripada syarikat Jepun semasa lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jepun sempena Sidang Kemuncak Peringatan Asean-Jepun baru-baru ini, mencerminkan keyakinan Jepun terhadap masa depan Malaysia.
TOKYO, 18 DIS: Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jepun sempena sidang kemuncak peringatan ASEAN-Jepun berjaya menarik potensi pelaburan bernilai RM6.56 bilion.
TOKYO, 16 DIS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya Fumio Kishida hari ini mengeluarkan kenyataan bersama mengenai peningkatan hubungan Malaysia-Jepun kepada kerjasama komprehensif strategik.
SHAH ALAM, 14 NOV: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) komited untuk memulakan inisiatif keselamatan makanan susulan pengumuman Belanjawan Selangor 2024.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.