KUALA LUMPUR, 26 APRIL: Jabatan Imigresen (Imigresen) menafikan dakwaan bahawa Depot Imigresen di Lenggeng, Negeri Sembilan sesak dan tiga depot lain kekurangan petugas.
BANDAR BAHARU, 21 APRIL: Polis sudah mengenal pasti dalang utama yang disyaki mencetuskan insiden ratusan tahanan Rohingya melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap, semalam.
BANDAR BAHARU, 21 APRIL: "Kami lari kerana semua rakan melarikan diri," demikian alasan diberikan dua tahanan Rohingya yang diberkas sepasukan anggota polis Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) di jalan Sungai Rambai, Relau malam tadi.
KUALA LUMPUR, 20 APRIL: Tiga lelaki warga asing dan seorang lelaki tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dengan sindiket penipuan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK), yang mengaut keuntungan mencecah RM2 juta.
PUTRAJAYA, 7 APRIL: Sebanyak 252,730 pengembara masuk dan keluar direkodkan di pintu-pintu masuk utama negara dalam tempoh empat hari sejak sempadan negara dibuka semula pada 1 April, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.
DENGKIL, 21 FEB: Kegiatan menawarkan pelbagai perkhidmatan kecantikan dengan harga lebih murah daripada pusat kecantikan berlesen serta bertauliah terbongkar apabila lapan premis dikendalikan warga asing diserbu oleh Jabatan Imigresen hari ini.
PUTRAJAYA, 18 NOV: Warganegara asing yang melanggar peraturan tatacara operasi piawai (SOP) langkah-langkah pencegahan Covid-19 boleh dikenakan tindakan pembatalan pas dan sebarang kemudahan imigresen yang telah diberikan, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud.
PUTRAJAYA, 6 OKT: Jabatan Imigresen (JIM) sudah bersedia dari segi sistem, stok buku pasport dan tenaga kerja untuk pembukaan semula sempadan negara, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud.
SERDANG, 26 JUN: Cubaan sekumpulan warga asing menggunakan pelbagai taktik untuk mengelak daripada dicekup Jabatan Imigresen (JIM) termasuk bersembunyi di dalam kotak ikan dan longkang, tidak berhasil setelah mereka ditahan dalam operasi yang dilakukan di Pasar Borong Selangor, awal pagi tadi.
PUTRAJAYA, 17 JUN: Jabatan Imigresen menyerbu 16 kedai runcit yang disyaki dikendalikan warga asing di sekitar Bukit Sentosa, Rawang dan Dengkil di Selangor dalam operasi pada Isnin (14 Jun) dan Selasa lalu, serta menahan 33 pendatang tanpa izin di premis terbabit.
SHAH ALAM, 17 MAC: Seramai 21 pendatang asing tanpa izin terdiri daripada 19 lelaki warga Bangladesh dan dua wanita Indonesia ditahan Jabatan Imigresen Negeri Selangor dalam operasi di dua premis perniagaan dijadikan kilang jahit pukal di sini semalam.
KUALA LUMPUR, 18 FEB: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tujuh lelaki warga tempatan kerana disyaki terlibat dengan sindiket pemalsuan dokumen imigresen dalam serbuan Op Sticker.
KUALA LUMPUR, 15 FEB: Program penghantaran pulang warga Myanmar ke negara asal mereka pada 23 Feb ini tidak melibatkan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Pelarian (UNHCR) atau etnik Rohingya.
KUALA LUMPUR, 13 DIS: Warga asing yang didapati terlibat dan disabitkan dengan kesalahan membabitkan kegiatan jenayah akan diisytiharkan sebagai 'persona non grata,’ kata Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud.
PUTRAJAYA, 1 DIS: Hampir 3,500 pegawai imigresen menjalani ujian saringan Covid-19 sehingga 25 November lepas, dengan 3,000 daripadanya dikuarantin dan 20 orang lagi dirawat kerana didapati positif wabak itu.
PUTRAJAYA, 18 NOV: Jabatan Imigresen Malaysia (imigresen) antara agensi penguatkuasaan yang berani memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membongkar dan mendedahkan kegiatan rasuah serta salah guna kuasa, demikian menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki.
PUTRAJAYA, 4 OKT: Semua kemasukan pelajar asing baharu dan sedia ada termasuk yang sudah mendapat kelulusan daripada Jabatan Imigresen, ditangguhkan hingga 31 Disember ini.
KUALA LUMPUR, 14 SEPT: Kes sekumpulan penumpang yang tidak dibenarkan menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Sabtu lepas (12 Sept) kerana tidak membuat permohonan ke luar negara dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
PUTRAJAYA, 5 OGOS: Tiada sebarang halangan untuk mana-mana warga asing yang ingin pulang ke negara asal sekiranya mereka tidak termasuk golongan tinggal lebih masa.
KUALA LUMPUR, 14 JULAI: Seramai 214,398 warga asing didapati tidak mempunyai rekod keluar dari Malaysia setakat 15 April lepas, demikian Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2018 Siri 3 yang dibentangkan di Parlimen hari ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.