KUALA LUMPUR, 6 DIS: Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun yang dilaporkan hilang sejak tengah hari semalam.
KUALA LUMPUR, 6 DIS: Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang dilaporkan hilang sejak 26 Okt lepas.
MELAKA, 25 NOV: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun hilang dan dikhuatiri terjatuh ke dalam longkang di Taman Goodwood, Bukit Palah di sini hari ini.
IPOH, 1 OKT: Satu mayat lelaki dipercayai pelancong India yang hilang ketika mendaki Gunung Jasar, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang ditemukan di dalam sungai di kawasan sempadan Perak-Pahang hari ini.
SHAH ALAM, 29 SEPT: Seorang penduduk Bagan Teo Chew, Pulau Ketam, dekat sini dipercayai hilang dalam kebakaran tiga rumah di kawasan terbabit yang dipercayai bermula tengah hari tadi.
IPOH, 28 SEPT: Seorang pelancong warganegara India dilaporkan hilang selepas mendaki Gunung Jasar, Tanah Rata, Cameron Highlands sejak 22 Sept lepas.
KUALA LUMPUR, 7 JUN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang bekerjasama dengan Polis Thailand bagi mengesan rakyat Malaysia, Chong Sum Yee, 22, yang hilang di Chiang Mai, Thailand sejak 1 Jun lepas.
IPOH, 3 JUN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun hilang, dikhuatiri lemas, ketika mandi di sungai berdekatan Teratak River View Lubuk Hantu, Simpang Empat, Tanjung Malim, hari ini.
KEPALA BATAS, 31 MEI: Polis menahan seorang lelaki warga emas bagi membantu siasatan berhubung seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang dilaporkan hilang setelah keluar dari rumahnya di Taman Kuala Muda, Penaga, pada 26 Mei lepas sebelum ditemukan selepas 24 jam dalam keadaan lemah.
KUANTAN, 13 MEI: Seorang pengawal keselamatan warga tempatan membuat laporan polis palsu kononnya kehilangan motosikal yang diletakkan di belakang sebuah kedai di Genting Permai, Genting Highlands, Bentong Rabu lepas.
KUANTAN, 2 MAC: Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang di Sungai Pasir, Kampung Seri Makmur di Chini, Pekan dekat sini, semalam.
JOHOR BAHRU, 1 MAC Sebuah bot Jabatan Perikanan Johor berserta empat kru dipercayai hilang, dalam perjalanan ke Pangkalan Tampoi, di sini, dari Pengerang, Kota Tinggi, petang semalam.
MERSING, 8 FEB: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta yang dilapor hilang selepas mendaki bukit seorang diri di Pulau Mawar di sini dihentikan 7 malam, semalam.
MERSING, 4 FEB: Seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dilaporkan hilang selepas dipercayai mendaki bukit seorang diri di Pulau Mawar Rabu lepas.
BATU PAHAT, 15 OGOS: Seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang di sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Parit Kasih Sayang, Senggarang, dekat sini Rabu lepas, ditemui selamat pada pukul 11.25 pagi ini.
JOHOR BAHRU, 31 JULAI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang dilaporkan hilang di Taman Plentong, Masai pada Jumaat lepas, ditemukan lemas dalam Sungai Plentong di sini pagi tadi.
SEREMBAN, 27 JULAI: Seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lepas ditemukan maut dipercayai akibat lemas, di kawasan teluk di Batu 1, PD Waterfront, Port Dickson, dekat sini tengah hari semalam.
SHAH ALAM, 22 JULAI: Kali terakhir telefon bimbit bekas pembaca berita sebuah stesen televisyen, Zalina Shaharah Azman atau dikenali sebagai Zalina Azman dikesan aktif adalah pada 20 November tahun lepas, empat hari sebelum anak lelakinya cuba membuat panggilan kepada wanita itu.
SHAH ALAM, 20 JULAI: Bekas pembaca berita sebuah stesen televisyen, Zalina Shaharah Azman atau lebih dikenali sebagai Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lepas dipercayai masih berada dalam negara.
KOTA KINABALU, 10 JULAI: Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang dilaporkan hilang di Kampung Kuridak Gadong, Beaufort semalam ditemukan meninggal dunia dipercayai lemas dalam parit di kawasan kampung itu pagi tadi.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.