ANKARA/ISTANBUL, 15 MEI: Sekurang-kurangnya 46 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan semalaman Israel ke atas beberapa rumah dan khemah penduduk yang kehilangan tempat tinggal di Semenanjung Gaza, menurut sumber perubatan pada Khamis, lapor Anadolu Ajansı (AA).
NEW YORK, 15 MEI: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Israel agar menamatkan sekatannya ke atas Gaza, menyaksikan bekalan makanan semakin berkurangan dan keadaan kemanusiaan semakin merosot, lapor Xinhua.
MAKKAH, 14 MEI: Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi menaikkan bahagian bawah Kiswah, kelambu hitam yang menutupi Kaabah sehingga tiga meter sebagai persiapan menghadapi musim Haji 1446 Hijrah, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Oleh Sharifah Hunaini Syed Ismail MOSCOW, 14 MEI: Malaysia perlu bersedia untuk merebut segala peluang yang ada terutama daripada segi hubungan perdagangan sekiranya hubungan antara Rusia dan Amerika Syarikat (AS) kembali pulih. Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata banyak peluang...
GENEVA, 13 MEI: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin memberi amaran bahawa kekurangan akses segera kepada makanan dan bekalan penting terus menyebabkan lebih banyak kematian dan kebuluran di Semenanjung Gaza yang dilanda peperangan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
GAZA CITY, 12 MEI: Dalam tahun kedua kempen ketenteraan Israel di Gaza, golongan wanita di seluruh wilayah ini terus dicengkam penderitaan yang sukar dibayangkan.
Oleh Shakir Husain NEW DELHI, 10 MEI: India dan Pakistan bersetuju melaksanakan satu gencatan senjata pada Sabtu selepas tentera kedua-dua pihak saling berbalas serangan dalam beberapa hari kebelakangan ini. Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mendedahkan bahawa kedua-dua negara...
RAMALLAH, 9 MEI: Perdana Menteri Palestin Mohammad Mustafa pada Khamis merakamkan penghargaan mendalam terhadap sokongan berterusan Kesatuan Eropah (EU) terhadap penyelesaian dua negara dan penubuhan negara Palestin yang merdeka.
WARSAW, 9 MEI: Wakil Peringkat Tinggi Kesatuan Eropah bagi Hal Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan Kaja Kallas dengan tegas menolak sebarang cubaan untuk mengubah komposisi demografi atau sempadan geografi Semenanjung Gaza, termasuk pemindahan paksa rakyat Palestin, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).
KUALA LUMPUR, 9 MEI: Malaysia komited untuk bekerjasama erat dengan Kenya bagi memastikan kestabilan bekalan minyak sawit serta integrasi pasaran yang lebih mendalam, kata Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).
NEW YORK, 8 MEI: Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Volker Turk menyatakan kebimbangan serius terhadap laporan rancangan Israel untuk memindahkan secara paksa penduduk Gaza ke kawasan kecil di selatan wilayah itu, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).
BRUSSELS/WASHINGTON, 8 MEI: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berhasrat mengembalikan kepimpinan negaranya dalam industri filem global yang kian merosot menerusi pelaksanaan tarif baharu, sebagai usaha menghidupkan semula perniagaan Hollywood, lapor Anadolu Ajansi (AA).
BANDARAYA GAZA/ISTANBUL, 7 MEI: Sekurang-kurangnya 54 lagi rakyat Palestin maut manakala puluhan lagi cedera dalam siri serangan udara baharu Israel di seluruh Semenajung Gaza pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi yang memetik sumber perubatan.
GENEVA, 7 MEI: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan angka membimbangkan berhubung penyebaran masalah kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
PUTRAJAYA, 7 MEI: Batik Air hari ini, mengumumkan pembatalan penerbangan pergi dan balik ke Lahore, Pakistan dan Amritsar, India untuk hari ini dan esok, susulan situasi berterusan antara dua negara tersebut.
HAMILTON, 7 MEI: Jawatankuasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Mengenai Pelaksanaan Hak Tidak Terbatal Rakyat Palestin pada Selasa menuntut sekatan Israel ke atas Gaza ditamatkan serta-merta, sambil memberi amaran bahawa kebuluran dan penularan penyakit semakin memburukkan keadaan jutaan penduduk yang kehilangan tempat tinggal, lapor Anadolu Ajansi (AA).
NEW DELHI, 7 MEI: Ketegangan antara India dan Pakistan semakin memuncak susulan laporan mengenai serangan rentas sempadan, dengan kedua-dua negara mengeluarkan kenyataan keras.
KUALA LUMPUR, 7 MEI: Warganegara Malaysia tidak lama lagi akan menikmati kemasukan tanpa visa ke China bagi tempoh kumulatif tinggal sehingga 90 hari, sebaik sahaja kedua-dua negara melengkapkan prosedur domestik yang diperlukan di bawah Perjanjian Pengecualian Visa Bersama.
ISTANBUL, 7 MEI: Kerajaan tentera telah melanjutkan tempoh gencatan senjata terhadap kumpulan bersenjata etnik di Myanmar sehingga akhir Mei, di tengah-tengah usaha untuk menangani kesan gempa bumi yang melanda negara itu pada 28 Mac lepas, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik laporan media kerajaan.
SAN JOSE, 6 MEI: Pengeluar mainan Amerika Syarikat, Mattel pada Isnin berkata pihaknya merancang untuk menaikkan harga bagi sesetengah produk yang dijual di pasaran domestik sebagai tindak balas terhadap tarif yang dikenakan oleh Presiden Donald Trump, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.