HAMILTON (Kanada), 8 JULAI: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam menyuarakan kebimbangan berhubung pemindahan besar-besaran secara paksa yang berterusan di Semenanjung Gaza dan memberi amaran bahawa lebih 700,000 orang kehilangan tempat tinggal sejak gencatan senjata tamat pada Mac susulan operasi ketenteraan Israel yang berterusan, lapor Anadolu Ajansi (AA).
SYDNEY, 7 JULAI: Seorang wanita Australia didapati bersalah pada Isnin atas tiga pertuduhan membunuh selepas menghidangkan makan tengah hari yang mengandungi cendawan beracun kepada tetamunya iaitu keluarga mentua, lapor agensi berita Jerman dpa.
JAKARTA, 7 JUL: Letusan kuat Gunung Lewotobi Laki-Laki di daerah Flores Timur, Indonesia pada Isnin mencetuskan amaran bahaya apabila abu tebal dan batu kerikil yang jatuh mengancam penduduk berhampiran.
ISTANBUL, 7 JULAI: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada lewat Ahad memberi amaran mana-mana negara yang menyokong "dasar anti-Amerika" blok ekonomi BRICS akan dikenakan tarif tambahan sebanyak 10 peratus, lapor Anadolu Ajansi (AA).
RIO DE JANEIRO, 7 JULAI: Malaysia hari ini sekali lagi menggesa agar dunia tidak terus membisu terhadap jenayah kemanusiaan yang berlaku di Gaza dan kekejaman terhadap rakyat Iran.
BANGKOK, 1 JULAI: Mahkamah Perlembagaan Thailand pada Selasa menggantung tugas Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra sementara menunggu pertimbangan kes beliau berhubung perbualan telefonnya dengan pemimpin Kemboja, Hun Sen, yang bocor.
KUALA LUMPUR, 1 JULAI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan solidariti global dan nekad moral yang kental amat diperlukan tatkala krisis kemanusiaan semakin meruncing di Gaza.
TEHRAN, 29 JUN: Naib Presiden Iran bagi Hal Ehwal Undang-Undang Majid Ansari mengumumkan penubuhan kumpulan kerja khas untuk mengendalikan kes berkaitan pencerobohan Israel dan Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran di forum antarabangsa.
ANKARA, 29 JUN: Serangan udara Israel ke atas sebuah penjara di ibu negara Iran, Tehran minggu lepas mengorbankan 71 orang dan mencederakan ramai yang lain, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan.
STOCKHOLM/ISTANBUL, 29 JUN: Ratusan orang berhimpun pada Sabtu di ibu negara Sweden, Stockholm bagi membantah serangan berterusan Israel ke atas Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).
TEHRAN, 29 JUN: Iran pada Sabtu membuka semula ruang udaranya di kawasan tengah dan barat untuk penerbangan transit antarabangsa, umum Kementerian Jalan dan Pembangunan Bandar, menurut Xinhua.
TOKYO, 29 JUN: Kadar gejala kemurungan didapati lebih rendah dalam kalangan individu berusia bekerja yang mengamalkan diet gaya Jepun termasuk nasi, sup miso dan ikan, menurut kajian pertama seumpamanya baru-baru ini, lapor Agensi Berita Kyodo.
GENEVA, 28 JUN: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan kira-kira 112 kanak-kanak Palestin dimasukkan ke hospital setiap hari di Gaza akibat kekurangan zat makanan yang teruk, kesan langsung daripada sekatan berterusan dan serangan tentera Israel ke atas wilayah itu, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
MOSCOW, 27 JUN: Presiden Rusia Vladimir Putin pada Khamis menyuarakan harapan agar konflik antara Israel dan Iran akan segera dianggap sebagai perkara yang telah berlalu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
TEHERAN, 26 JUN: Kerajaan Iran mengumumkan sekatan internet yang dilaksanakan semasa perang dengan Israel ditarik balik, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
GAZA, 25 JUN: Sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin terkorban dan beberapa lagi cedera pada Rabu apabila tentera Israel meningkatkan pengeboman ke atas pelbagai kawasan di Semenanjung Gaza, termasuk timur dan barat Bandar Gaza serta bandar Bani Suheila di timur Khan Younis.
NEW YORK, 25 JUN: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Selasa menyambut baik pengumuman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengenai gencatan senjata antara Israel dan Iran, menurut jurucakap PBB seperti dilaporkan Xinhua.
ISTANBUL, 24 JUN: Sekurang-kurangnya 606 orang terbunuh dan 5,332 lagi cedera dalam serangan Israel ke atas Iran sejak 13 Jun, menurut Kementerian Kesihatan Iran pada Selasa.
KUALA LUMPUR, 24 JUN: Kementerian Luar Negeri sedang memantau rapi situasi keselamatan di Qatar ekoran perkembangan terbaharu di negara itu dan setakat ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas.
WASHINGTON, 24 JUN: Menteri Luar Iran pada awal Selasa menegaskan bahawa setakat ini belum ada sebarang persetujuan mengenai gencatan senjata antara Iran dan Israel, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.