Angka kematian akibat kebuluran di Semenanjung Gaza kini meningkat kepada 180 orang, termasuk 83 kanak-kanak.
Sekurang-kurangnya 75 rakyat Palestin terbunuh akibat tembakan dan serangan udara Israel di Gaza pada Ahad, lapor Xinhua memetik kenyataan Pertahanan Awam Gaza.
Kelewatan itu berlaku kerana hanya satu laluan dibenarkan untuk pasukan PBB keluar dari pintu masuk Kerem Shalom ke dalam Gaza, dan tentera Israel menubuhkan satu “pusat pemeriksaan sementara” di laluan itu.
NEW YORK, 31 JULAI: Angka korban dalam kalangan rakyat Palestin yang dilanda kebuluran serta petugas bantuan di Gaza terus meningkat walaupun terdapat penangguhan sementara serangan oleh tentera Israel, menurut agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu, lapor Xinhua.
GAZA, 29 JULAI: Sekurang-kurangnya 30 rakyat Palestin terkorban dalam beberapa siri serangan udara Israel yang menyasarkan Kem Pelarian al-Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza pada Selasa, lapor Xinhua.
KUALA LUMPUR, 29 JULAI: Sebanyak 2,400 tan bantuan kemanusiaan sumbangan rakyat Malaysia berjaya menembusi Gaza awal pagi semalam melalui pintu masuk Jambatan Raja Hussein di Jordan.
HAMILTON, 29 JULAI: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin memberi amaran bahawa meskipun misi penghantaran bantuan kemanusiaan melalui guguran udara disambung semula di Gaza, ia kekal sebagai langkah terakhir dan membawa risiko kepada orang awam di kawasan terjejas, lapor Anadolu Ajansi (AA).
ISTANBUL, 28 JUL: Pihak berkuasa tempatan di Gaza pada Ahad memaklumkan hanya 73 trak bantuan dibenarkan masuk ke wilayah itu dalam tempoh 24 jam lalu, di tengah-tengah krisis kebuluran yang semakin memburuk akibat sekatan berbulan-bulan Israel, lapor Anadolu Ajansi.
MOSCOW, 28 JUL: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersedia untuk menyokong rakyat Palestin dalam usaha pembinaan negara mereka, kata Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia Volker Turk, pada Ahad, lapor Sputnik/RIA Novosti.
ANKARA, 27 JULAI: Beberapa trak bantuan dari Mesir dilaporkan memasuki Semenanjung Gaza melalui persimpangan Rafah pada pagi Ahad, membawa pelbagai bekalan penting termasuk makanan dan barangan untuk memulihkan infrastruktur, lapor Anadolu Ajansi yang memetik media tempatan Mesir.
HAMILTON (Kanada), 22 JULAI: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam memaklumkan 87.7 peratus daripada Wilayah Gaza kini berada dalam kawasan yang diisytihar sebagai zon ketenteraan Israel, tertakluk kepada perintah pemindahan, atau berada dalam kawasan yang bertindih antara keduanya, lapor Anadolu Ajansi (AA).
ISTANBUL, 18 JUL: Ketua agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi pelarian Palestin pada Jumaat menggesa Israel supaya segera menamatkan larangan terhadap kemasukan media antarabangsa ke Semenanjung Gaza, sambil memberi amaran bahawa sekatan maklumat itu menggalakkan penyebaran maklumat palsu dan menjejaskan kepercayaan terhadap laporan saksi dan agensi kemanusiaan.
GENEVA, 17 JUL: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa lebih banyak negara untuk menerima dan merawat pesakit dari Semenanjung Gaza, susulan pemindahan perubatan sekumpulan pesakit, kebanyakannya kanak-kanak ke Jordan, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
ISTANBUL, 16 JULAI: Sekurang-kurangnya 58,479 rakyat Palestin maut dalam serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak Oktober 2023, menurut Kementerian Kesihatan pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi (AA).
GAZA CITY / ISTANBUL, 15 Julai: Sejak Oktober 2023, lebih 700 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dilaporkan terbunuh ketika cuba mendapatkan air, menurut kenyataan pihak berkuasa tempatan yang dipetik Anadolu Ajansi pada Isnin.
GAZA, 13 JUL: Angka kematian akibat serangan rejim Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 58,026 orang, manakala 138,520 lagi cedera sejak 7 Oktober 2023, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
GENEVA, 11 JUL: Sekurang-kurangnya 798 rakyat Palestin maut akibat serangan tentera Israel ketika cuba mendapatkan bantuan kemanusiaan di Gaza sejak akhir Mei, menurut Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OHCHR) pada Jumaat.
GAZA, 9 JULAI: Angka korban di Semenanjung Gaza mencecah 57,575 orang, majoritinya wanita dan kanak-kanak, sejak permulaan serangan Israel pada Oktober 2023, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
HAMILTON (Kanada), 8 JULAI: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam menyuarakan kebimbangan berhubung pemindahan besar-besaran secara paksa yang berterusan di Semenanjung Gaza dan memberi amaran bahawa lebih 700,000 orang kehilangan tempat tinggal sejak gencatan senjata tamat pada Mac susulan operasi ketenteraan Israel yang berterusan, lapor Anadolu Ajansi (AA).
RIO DE JANEIRO, 7 JULAI: Malaysia hari ini sekali lagi menggesa agar dunia tidak terus membisu terhadap jenayah kemanusiaan yang berlaku di Gaza dan kekejaman terhadap rakyat Iran.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.