PUTRAJAYA, 3 NOV: Jumlah kes demam denggi meningkat 10 kes atau 0.4 peratus kepada 2,272 kes pada Minggu Epidemiologi ke-43 (ME43) iaitu bagi tempoh 22 Okt hingga 28 Okt, berbanding 2,262 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.
PUTRAJAYA, 28 OKT: Enam kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-42 (ME42) iaitu bagi tempoh 15 hingga 21 Okt.
PUTRAJAYA, 20 OKT: Jumlah kes demam denggi menurun 6.8 peratus kepada 2,271 pada Minggu Epidemiologi ke-41 (ME41) iaitu bagi tempoh 8 hingga 14 Oktober, berbanding 2,436 kes pada minggu sebelumnya.
SHAH ALAM, 19 OKT: Kajian bakteria sel serangga atau wolbachia dijalankan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) memberi impak terhadap bilangan kes denggi di negara ini.
Oleh NAS NORZIELA NASBAH SHAH ALAM, 17 OKT: Ahli Dewan Undangan (ADN) Meru mengambil langkah pencegahan selepas 115 kes denggi dikesan di kawasan itu yang kebanyakannya melibatkan pekerja kilang Top Glove. Mariam Abdul Rashid berkata peningkatan mendadak jangkitan mendorong satu mesyuarat...
PUTRAJAYA, 13 OKT: Jumlah kes demam denggi meningkat 5.9 peratus kepada 2,436 kes pada Minggu Epidemiologi ke-40 (ME40), iaitu bagi tempoh 1 hingga 7 Okt berbanding 2,299 kes pada minggu sebelumnya.
SHAH ALAM, 4 OKT: Selangor merekodkan 43,994 kes demam denggi sehingga minggu epidemiologi ke-39 yang berakhir pada 30 September lalu.
SHAH ALAM, 29 SEPT: Dato’ Menteri Besar mengajak orang ramai untuk terus mengamalkan langkah-langkah pencegahan denggi susulan peningkatan kes Aedes di Selangor.
PETALING JAYA, 28 OGOS: Kes denggi di kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada minggu ke-33 menurun kepada 3,470 berbanding 3,581 kes pada minggu sebelumnya.
SEGAMAT, 26 OGOS: Nyamuk aedes berwolbachia akan terus dilepaskan secara berperingkat menerusi Projek Pelepasan Nyamuk Berwolbachia di lokaliti-lokaliti yang dikenal pasti mencatatkan peningkatan kes demam denggi.
SUBANG JAYA, 22 OGOS: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mengesan 19 kawasan panas kes denggi pada minggu ke-32 (7 Ogos hingga 13 Ogos).
PUTRAJAYA, 16 OGOS: Jumlah kes demam denggi meningkat 4.7 peratus kepada 2,542 kes pada Minggu Epidemiologi ke-31 (ME31) iaitu bagi tempoh 30 Julai hingga 5 Ogos, berbanding 2,427 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.
PUTRAJAYA, 7 OGOS: Sebanyak 2,258 kes demam denggi dengan dua kematian dicatatkan bagi Minggu Epidemiologi (ME) 29 iaitu dari 16 Julai hingga 22 Julai lepas.
Oleh AMIRUL FAZLI SHAH ALAM, 24 JULAI: Majlis Perbandaran Klang (MPK) bersama badan pengurusan bersama (JMB) pangsapuri dan kawasan rukun tetangga (KRT) bekerjasama dalam program gotong-royong mencegah pembiakan denggi di Pangsapuri Pendamar, Klang semalam. Menurut kenyataan pihak berkuasa...
GOMBAK, 9 JULAI: Kes kumulatif demam denggi dalam negara meningkat 139 peratus dengan jumlah 59,057 kes bagi tempoh Januari sehingga Julai tahun ini berbanding 24,743 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Oleh AMIRUL FAZLI SHAH ALAM, 29 JUN: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) mengadakan kempen Anti-Denggi secara bergotong-royong di beberapa kawasan perumahan. MBSJ menerusi Facebook memaklumkan pihaknya antara kawasan yang terlibat ialah Zon...
Oleh Naz Norziela Nasbah SHAH ALAM, 26 JUN: Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Selangor dengan kerjasama persatuan penduduk bergotong-royong membersihkan kawasan perumahan di Jalan Meranti 3A Bandar Baru Batang Kali. Pegawai PKD Dr Suhaida Mohamed Sidek berkata program tersebut bagi meningkatkan...
PETALING JAYA, 20 JUN: Semua pihak digesa bekerjasama menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes untuk mengawal wabak denggi, kata EXCO kesihatan.
PETALING JAYA, 20 JUN: Seramai 90 sukarelawan kendalian Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bergotong-royong menghapus tempat pembiakan nyamuk aedes bagi menangani kes denggi yang kian meningkat.
SUBANG JAYA, 16 JUN: Sebanyak lima Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) bawah Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) melaksanakan gotong-royong bersama penduduk sepanjang Jun susulan peningkatan kes denggi.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.