KUALA LUMPUR, 22 APRIL: Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang pekebun kelapa sawit RM12,000, kerana membuat hantaran komunikasi bersifat mengancam terhadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA) di laman Facebook miliknya, Ogos tahun lepas.
KUALA LUMPUR, 24 JAN: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda RM10,000 ke atas pengasuh yang mencederakan seorang bayi lelaki berusia 11 bulan dengan menampar pipi dan mengetuk dahi mangsa sehingga meninggalkan kesan lebam serta calar.
KUALA LUMPUR, 19 JAN: Mahkamah Sesyen hari ini menjatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM90,000 terhadap seorang bekas pembantu tadbir sebuah maktab yang didapati bersalah atas pertuduhan memperdagang bayi lelaki 13 bulan dan menggunakan dokumen palsu untuk mendaftarkan kelahiran bayi itu, empat tahun lepas.
KUALA LUMPUR, 8 JAN: Seorang peniaga didenda RM32,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah memiliki 65 unit beg tiruan berjenama Gucci, tahun lepas.
KUALA LUMPUR, 7 DIS: Seorang pemilik kedai gunting rambut yang tular di media sosial kerana mengenakan caj gunting rambut RM120 kepada pelancong asing, hari ini didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah gagal memaparkan senarai caj perkhidmatan dandanan rambut.
KUALA SELANGOR, 17 OKT: Dato’ Menteri Besar berharap keputusan mahkamah terhadap pencemar air dapat dimuktamadkan segera bagi memberi pengajaran kepada semua pihak.
PETALING JAYA, 2 OKT: Seorang pemilik stesen minyak didenda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana membenarkan penjualan diesel di dalam tong dram yang melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
Oleh AZIAN AZIZ AMPANG JAYA, 9 MEI: Pengendali makanan di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) berdepan denda RM1,000 jika ingkar arahan pemakaian pelitup muka mulai 1 Julai. Yang Dipertua Dr Ani Ahmad berkata terdapat 800 restoran dan 5,000 penjaja makanan di kawasan...
SHAH ALAM, 10 FEB: Tiga individu dihadap ke Mahkamah Telok Datok semalam kerana mengingkari notis yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL).
KUALA LUMPUR, 1 FEB: Kesalahan jenayah membabitkan hidupan liar akan dikenakan penalti lebih tinggi menerusi penguatkuasaan 44 seksyen di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2022 (Akta A1646) bermula hari ini.
SHAH ALAM, 10 JAN: Pengendali atau peniaga makanan dan minuman di kawasan Sabak Bernam yang gagal mematuhi arahan pemakaian pelitup muka boleh didenda RM500.
KUALA LUMPUR, 28 OGOS: Orang ramai dinasihatkan agar tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan pihak berkuasa bagi memastikan sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka pada 31 Ogos ini dapat diraikan dengan selamat.
SHAH ALAM, 19 OGOS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tidak berhasrat mengenakan denda ke atas premis yang tidak mengibarkan Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan.
KUALA LUMPUR, 3 OGOS: Seorang pengusaha taska didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menganiaya seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun, Jun lepas.
BANGI, 27 JULAI: Pasangan suami isteri masing-masing didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi di sini hari ini kerana mendera anak angkat mereka berumur empat tahun.
KUALA LUMPUR, 27 JULAI: Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang antara lain memperuntukkan larangan individu yang lahir pada 2007 dan seterusnya, merokok, membeli atau memilik produk tembakau atau peranti merokok dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.
SEPANG, 21 JULAI: Seorang penghantar makanan didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku bersalah memuat naik kandungan video menghina agama Islam di saluran media sosial YouTube miliknya pada Sabtu lepas (16 Julai).
MELAKA, 18 JULAI: Seorang peniaga kedai runcit berdepan denda sehingga RM1 juta selepas dikesan menjual minyak masak paket bersubsidi RM3.50 sebungkus berbanding harga asal RM2.50.
SHAH ALAM, 11 MEI: Pemilik sebuah hotel di Kuala Langat diheret ke mahkamah hari ini apabila menjalankan aktiviti perhotelan tanpa lesen daripada Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL).
SHAH ALAM, 7 MEI : Pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu meningkatkan penguatkuasaan serta mengenakan denda pada kadar tinggi terhadap individu yang membuang sampah merata-rata.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.