KUALA TERENGGANU, 1 MEI: Polis Terengganu menyita tiga kereta, wang tunai serta pelbagai barangan kemas bernilai RM981,500 yang disyaki hasil daripada kegiatan pengedaran dadah.
ALOR SETAR, 30 APRIL: Polis menahan pasangan suami isteri dan merampas dadah pelbagai jenis bernilai lebih RM189,600 dalam serbuan di sebuah rumah di kawasan taman perumahan dekat sini, Isnin lepas.
KUALA LUMPUR, 29 APRIL: Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa selepas menahan tiga beradik lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM82 juta dalam tiga serbuan di Kajang dan Cheras, dekat sini pada Khamis dan Jumaat lalu.
JOHOR BAHRU, 29 APRIL: Polis Johor merampas dadah pelbagai jenis seberat hampir 70 kilogram bernilai hampir RM9 juta dengan penahanan lima lelaki termasuk seorang warga Singapura dalam operasi di empat daerah di negeri ini, minggu lepas.
KUALA LUMPUR, 25 APRIL: Polis merampas lebih 75 kilogram bunga ganja bernilai RM2.64 juta dipercayai untuk dipasarkan ke negara Eropah, dalam pemeriksaan ke sebuah rumah sewa yang dijadikan stor penyimpanan di Bukit Changgang, Banting, Selangor.
KUALA LUMPUR, 21 APRIL: Dua sindiket pengedaran dadah ditumpaskan polis dalam operasi berasingan yang dijalankan dari 16 hingga 18 April lalu di sekitar ibu negara melibatkan rampasan bernilai lebih RM450,000.
KUALA LUMPUR, 18 APRIL: Sebanyak 269 kilogram dadah pelbagai jenis bernilai RM13.6 juta dirampas pasukan narkotik Bukit Aman hasil pemeriksaan ke atas sebuah rumah di sekitar Bandar Baru Sri Petaling di sini Isnin lalu.
KUANTAN, 17 APRIL: Polis menemukan dadah seberat 468.3 kilogram (kg) dianggar bernilai RM15 juta dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda di KM211 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1, arah Kuantan Selasa lepas.
KUALA LUMPUR, 16 APRIL: Polis melumpuhkan dua sindiket pengedaran dadah dan membongkar sebuah makmal haram memproses barang larangan itu menerusi Op Kenari 1.0 di Kedah dan Pulau Pinang membabitkan nilai rampasan dadah RM6 juta.
PUTRAJAYA, 24 MAC: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah Unit III Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), menggagalkan tujuh cubaan mengedar dadah jenis ganja dan syabu dengan nilai anggaran lebih RM1.86 juta, dalam tiga bulan pertama tahun ini.
JOHOR BAHRU, 11 MAC: Sindiket pengedaran dadah yang beroperasi di sebuah kedai runcit diserbu polis dan tiga lelaki ditahan dalam operasi di kawasan Taman Universiti, di sini minggu lalu.
KUALA LUMPUR, 9 MAC: Dua anggota polis positif dadah antara 55 individu ditahan dalam satu serbuan yang dijalankan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman di sebuah premis pusat hiburan di sekitar Pudu di sini kira-kira 4 petang semalam.
KUALA LUMPUR, 4 MAC: Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam pengedaran dadah ditahan bersama beberapa jenis bahan terlarang itu di susur keluar tol Lembah Beringin, Hulu Selangor, Sabtu lepas.
KUALA LUMPUR, 4 MAC: Taktik licik sindiket memproses kartrij vape mengandungi dadah menjadikan inap desa sebagai stor penyimpanan, terbongkar menerusi serbuan di sekitar Lembah Klang pada 26 Feb lepas, melibatkan rampasan pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM11.53 juta.
SHAH ALAM, 4 MAC: Polis menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah dengan rampasan bernilai RM6.3 juta menerusi serbuan di Kuala Selangor dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 Feb hingga 2 Mac lepas.
SHAH ALAM, 20 FEB: Polis Selangor mencadangkan papan tanda atau plakad ‘Tidak Pada Dadah’ diletakkan pada laluan masuk ke tempat konsert sebagai syarat permit permohonan penganjuran konsert di negeri berkenaan.
SHAH ALAM, 19 FEB: Polis mengesahkan tiga daripada empat mangsa yang meninggal dunia semasa menghadiri sebuah konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway, Subang Jaya pada 31 Dis lepas adalah akibat pengambilan dadah stimulan.
ALOR SETAR, 18 FEB: Polis merampas syabu serta pil Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) bernilai lebih RM4 juta selepas menahan seorang lelaki di tepi jalan di Pusat Perniagaan Zamrud, dekat Sungai Petani, dua hari lepas.
PADANG SERAI, 15 FEB: Isu penyalahgunaan dadah di negara ini semakin membimbangkan dengan trend menaik setiap tahun sejak 2022, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
SEPANG, 12 FEB: Dua lelaki warga tempatan ditahan bersama 18.97 kilogram (kg) dadah disyaki methamphentamine, dalam dua tangkapan berasingan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 di sini pada 7 dan 8 Feb lepas.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.