PUTRAJAYA, 16 APRIL: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan China kekal sebagai rakan dagang paling penting Malaysia lebih-lebih lagi dalam keadaan kekalutan sistem perdagangan global ketika ini susulan pelaksanaan tarif baharu oleh Amerika Syarikat (AS).
PUTRAJAYA, 16 APRIL: Dasar luar Malaysia dan China dibentuk oleh visi yang jelas terhadap kepentingan kedua-dua negara selain Kepaksian ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PUTRAJAYA, 16 APRIL: Malaysia komited untuk bekerjasama dengan China dalam pelbagai bidang berkepentingan bersama merangkumi ekonomi, perdagangan dan pelaburan, serta teknologi baharu termasuk Kecedasan Buatan (AI), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR, 14 APRIL: Presiden China Xi Jinping akan mengadakan lawatan negara selama tiga hari ke Malaysia bermula Selasa ini.
KUALA LUMPUR, 13 APRIL: Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menamatkan kemarau 18 tahun Malaysia apabila muncul juara Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 di Ningbo, China hari ini.
BEIJING, 12 APRIL: Kementerian Perdagangan China memaklumkan pada Jumaat negara itu sudah memfailkan saman terhadap Amerika Syarikat (AS) menerusi mekanisme penyelesaian pertikaian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) susulan langkah terbaharu Washington menaikkan tarif ke atas produk China, lapor Xinhua.
BEIJING, 4 APRIL: China akan mengenakan tarif tambahan 34 peratus ke atas semua produk yang diimport dari Amerika Syarikat (AS) bermula 10 April, Suruhanjaya Tarif Kastam Majlis Negara mengumumkan pada Jumaat, menurut laporan Xinhua.
NEW YORK, 4 APRIL: China menyuarakan kebimbangan serius terhadap pengumuman Israel baru-baru ini yang bertujuan memperluas operasi tentera darat serta menduduki wilayah Gaza, dan mendesak Israel menghentikan segera tindakan ketenteraan terhadap Gaza.
KUALA LUMPUR, 17 FEB: Pendirian Malaysia jelas untuk kekal berkecuali dan tidak akan terlibat dalam persaingan kuasa besar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR, 13 FEB: Buat pertama kali sejak Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) diperkenalkan pada 2017, Malaysia gagal melepasi peringkat kumpulan dan layak ke suku akhir.
IPOH, 11 FEB: Perak buat julung kali bekerjasama dengan Selangor dan Negeri Sembilan untuk mempromosikan pelancongan rentas negeri, inisiatif yang dijangka menarik lebih ramai pelancong dari China ke negara ini.
BEIJING, 10 FEB: China akan mengenakan tarif tambahan sebanyak 15 peratus ke atas arang batu dan gas asli cecair (LNG) dari Amerika Syarikat (AS) serta 10 peratus ke atas beberapa barangan lain dari negara itu bermula Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti.
LHASA, 8 JAN: Seramai 126 orang disahkan terkorban manakala 188 lagi cedera setakat 7 malam Selasa, susulan gempa bumi bermagnitud 6.8 yang melanda Daerah Dingri di Wilayah Autonomi Xizang, barat daya China, pada pagi semalam, lapor Xinhua.
SHAH ALAM, 3 JAN: Kerajaan belum menerima sebarang maklumat terkini daripada pihak berkuasa kesihatan berhubung ancaman virus baharu, metapneumovirus (hMPV) yang dilapor kian menular di China.
SHAH ALAM, 27 DIS: Dua beradik dari Selangor mengharumkan nama negara apabila menerima Anugerah Skill Master dalam Pertandingan Robotik MakeX di China, awal bulan lalu.
SHANGHAI, 5 NOV: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan Pavilion Malaysia di Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh yang diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shanghai, China.
BEIJING, 4 OKT: Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
KUALA LUMPUR, 20 SEPT: Skuad badminton remaja negara sedang menjalani kem latihan pusat akhir di Port Dickson, Negeri Sembilan sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Remaja Dunia di Nanchang, China dari 30 Sept hingga 13 Okt ini.
KUALA LUMPUR, 17 SEPT: Lawatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ke China pada 19 hingga 22 September ini, mencatatkan sejarah penting dalam hubungan diplomatik Malaysia-China yang menyambut ulang tahun ke-50 tahun ini.
SEPANG, 24 OGOS: Malaysia mula mengeksport durian segar ke China hari ini, selepas dua bulan Protokol Keperluan Fitosanitari Pengeksportan Buah Durian Segar dari Malaysia ke China dimeterai.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.