KUALA LUMPUR, 5 SEPT: Seorang kerani syarikat swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang hari ini atas pertuduhan membunuh bayi lelakinya berusia enam bulan di sebuah rumah di Kampung Klang Gate, bulan lepas.
KUALA LUMPUR, 30 OGOS: Tujuh warga asing direman tujuh hari bermula hari ini bagi mambantu siasatan penemuan mayat seorang lelaki tempatan dalam bonet kereta di Jalan Tugu di sini, semalam.
PEKAN, 29 OGOS: Tiga lelaki Orang Asli didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang remaja perempuan Orang Asli berusia 14 tahun, dua minggu lepas.
SHAH ALAM, 26 OGOS: Seorang penganggur yang membunuh wanita warga emas berusia 85 tahun selepas merogol dan meliwatnya dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
KUANTAN, 23 OGOS: Mayat seorang remaja perempuan Orang Asli berusia 14 tahun dipercayai mangsa bunuh ditemukan di lereng bukit berhampiran rumahnya di Bukit Ibam, Rompin pada Ahad.
SHAH ALAM, 21 OGOS: Polis memburu tiga lelaki disyaki terlibat dalam satu kes bunuh membabitkan seorang individu di tepi Jalan Bawal Tambak, Taman Sri Gadong, Klang dekat sini tengah malam tadi.
IPOH, 20 OGOS: Seorang ustaz dan tiga warden yang ditahan berhubung kematian seorang penghuni sebuah pusat pemulihan dadah di Padang Rengas, Kuala Kangsar akibat kecederaan parah selepas mengamuk pada Rabu, direman seminggu.
PUTRAJAYA, 18 OGOS: Mahkamah Rayuan menetapkan 9 Jan 2023 untuk mendengar rayuan seorang remaja lelaki yang diperintahkan ditahan di penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong selepas didapati bersalah membunuh 23 individu dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada 2017.
AMPANG, 9 OGOS: Seorang pengamal perubatan tradisional didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang wanita yang mendapatkan rawatan di rumahnya, dua minggu lalu.
KUALA LUMPUR, 21 JULAI: Dua pengawal keselamatan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang ahli perniagaan yang ditemukan terbaring berlumuran darah berhampiran keretanya yang diletakkan di luar kawasan perumahan.
BATU PAHAT, 21 JULAI: Seorang ibu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh anak perempuannya berusia 11 tahun di sebuah rumah di Taman Bukit Tropika, Yong Peng di sini Khamis lepas.
JOHOR BAHRU, 18 JULAI: Seorang pencuci kapal didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan membunuh isteri dan bayinya di sebuah rumah di Kampung Bakar Batu di sini awal bulan ini.
JOHOR BAHRU, 9 JULAI: Seramai 11 individu telah diambil keterangan membabitkan kes pembunuhan seorang wanita dan bayinya yang berusia tiga bulan di Kampung Bakar Batu, di sini, Isnin lepas (4 Julai).
IPOH, 8 JULAI: Seorang lelaki yang disyaki membunuh abang dan kakak iparnya di sebuah rumah di Taman Bercham Aman di sini pagi semalam direman seminggu untuk membantu siasatan kes itu.
IPOH, 8 JULAI: Polis berjaya menahan seorang lelaki malam tadi bagi membantu siasatan membunuh sepasang suami isteri di sebuah rumah di Taman Bercham Aman di sini pagi semalam.
IPOH, 7 JULAI: Sepasang suami isteri maut dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Taman Bercham Aman di sini pagi tadi.
JOHOR BAHRU, 5 JULAI: Seorang lelaki yang disyaki membunuh isteri dan bayinya yang baru berumur tiga bulan di sebuah rumah di Kampung Bakar Batu di sini direman tujuh hari bermula hari ini.
KUALA LUMPUR, 21 JUN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan Samirah Muzaffar dan dua remaja lelaki atas pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan, empat tahun lepas.
PARIT BUNTAR, 15 JUN: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan membunuh ibunya yang 15 keratan bahagian badannya ditemukan dalam tangki kumbahan di sebuah rumah.
KUALA LUMPUR, 13 MEI: Tiga rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di sebuah hotel di Bukit Bintang, pada minggu lepas.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.