KAJANG, 9 MEI: Seorang mekanik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya di sebuah rumah di Cheras sehari sebelum Aidilfitri.
SHAH ALAM, 22 APRIL: Keputusan sama ada Samirah Muzaffar dan dua remaja dibebaskan atau diperintah membela diri atas pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan akan diketahui pada 30 Mei.
SEPANG, 16 APRIL: Tiga lelaki warga Indonesia termasuk seorang pemastautin tetap ditahan di Padang Jawa, Shah Alam awal pagi ini bagi membantu siasatan berkaitan kes pembunuhan seorang lelaki warga Bangladesh yang mayatnya ditemukan di tepi Jalan Sepang-Salak di sini semalam (15 April).
KUALA LUMPUR, 6 APRIL: Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh membabitkan seorang lelaki di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan, Selangor, Ahad lepas.
SHAH ALAM, 12 MAC: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki menikam mati pasangan kembarnya di rumah sewa mereka di Kampung Seri Cheeding, Banting, Kuala Langat semalam.
KUALA LUMPUR, 20 FEB: Seorang lelaki yang dikehendaki polis kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan di Serdang Perdana, Seri Kembangan malam tadi sehingga menyebabkan kematian seorang wanita, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang pagi tadi.
BENTONG, 4 FEB: Seorang penternak ikan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh empat beranak yang maut dalam kemalangan di Jalan Lebu-Felda Mempaga, Bentong, minggu lepas.
KUALA LUMPUR, 10 JAN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memohon suspek kes pembunuhan seorang pensyarah warga Palestin pada 2018, di sini, yang dilaporkan ditahan oleh pihak berkuasa Palestin semalam, diekstradisi ke negara ini bagi tujuan siasatan.
KLANG, 17 DIS: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang warga emas di Pelabuhan Klang dekat sini, minggu lepas.
CYBERJAYA, 6 DIS: Seorang pesara tentera meninggal dunia selepas dicederakan dengan pisau pemotong kek selain dipukul bertubi-tubi oleh anak lelakinya yang dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental, dalam kejadian Rabu lepas di rumah mereka di Kampung Jenderam Hulu, di Sepang.
PORT DICKSON, 23 NOV: Dua suspek yang dipercayai menculik dan membunuh seorang lelaki yang dilarikan semasa berada di sebuah rumah di Bandar Springhill, Lukut, di sini pada 13 Nov lepas, akan didakwa di mahkamah hari ini.
KUALA LUMPUR, 20 OKT: Polis menahan seorang wanita yang disyaki menikam suaminya sehingga mati menggunakan besi kaki payung di Kampung Laksamana, Batu Caves, di sini, tengah malam semalam.
SHAH ALAM, 20 SEPT: Seorang pegawai pemasaran syarikat swasta yang memandu secara melawan arus sehingga menyebabkan kematian dua remaja didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan membunuh.
SHAH ALAM, 19 OGOS: Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang pemandu lori selepas didapati bersalah membunuh isteri dan bayi perempuannya berusia tujuh bulan, lima tahun lepas.
KUALA LUMPUR, 4 JULAI: Polis menahan seorang lelaki warga asing disyaki terlibat dalam kes pembunuhan seorang gelandangan yang mayatnya ditemukan dalam kawasan semak berhampiran sebuah sekolah di Kota Damansara, Petaling Jaya, semalam.
SHAH ALAM, 3 JULAI: Polis menahan 16 individu yang merupakan ahli keluarga kepada seorang lelaki tempatan yang mati akibat dipukul di rumah keluarganya di Ladang Baru Kelanang, Banting kira-kira 45 kilometer dari sini, semalam.
SHAH ALAM, 20 APRIL: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 16 Jun ini sebagai tarikh keputusan kes seorang pemandu lori Satvender Singh, 35, yang didakwa membunuh isteri dan bayi perempuannya berusia tujuh bulan, lima tahun lepas.
KUALA LUMPUR, 9 DIS: Empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bekas Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Dr Wan Hassan Wan Embong dalam kejadian samun di kediamannya, dua minggu lepas.
KUALA LUMPUR, 1 DIS: Seorang suspek utama antara tiga ditahan disyaki terlibat dalam kes samun dan bunuh pesara kerajaan dalam kejadian di Bukit Bandaraya, Bangsar di sini, pada Ahad lepas (29 November).
KUALA LUMPUR, 29 NOV: Seorang suspek lelaki warga Nigeria ditahan kerana dipercayai mencampakkan cucu lelaki tirinya dari tingkat tiga di sebuah apartmen Danau Kota, Setapak, di sini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.