KUALA LUMPUR, 28 JUL: Kerajaan akan meneruskan pelaksanaan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) tahun ini sebagai usaha membantu pekebun kecil yang terkesan akibat ketidaktentuan cuaca, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
SHAH ALAM, 28 JUL: Dua beradik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menculik dan mencederakan seorang lelaki, minggu lepas.
SHAH ALAM, 28 JUL: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melancarkan Operasi Penguatkuasaan Bersepadu Selamat Paru-Paru (Ops Selamat Papa) bermula 1 Ogos ini bagi memperkukuh kawalan terhadap penjualan produk merokok termasuk rokok elektronik (vape).
KUALA LUMPUR, 28 JULAI: Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah di Lembah Klang dengan penahanan tiga individu dan merampas 145.68 kilogram (kg) syabu bernilai RM4.66 juta dalam operasi pada Khamis.
KUALA LUMPUR, 28 JULAI: Kerajaan melalui Kedutaan Besar Malaysia di Arab Saudi sedang mengatur langkah segera bagi memastikan kebajikan dan keselamatan 42 jemaah umrah yang terkandas di Jeddah sejak 25 Julai lepas terjamin, termasuk usaha membawa mereka pulang dengan selamat.
SHAH ALAM, 28 JULAI : Tahap keselamatan talian paip gas milik Petronas di Putra Heights, Subang Jaya mengikut standard ditetapkan piawaian antarabangsa.
KUALA LUMPUR, 28 JULAI: Ketua jurulatih skuad sepak takraw negara Ahmad Jais Baharun mengakui kecewa dengan aksi ditampilkan pasukan bimbingannya apabila tewas dalam aksi final acara regu berpasukan Piala Raja Thai semalam.
KUALA LUMPUR, 28 JUL: Sebanyak 14,834 kompaun dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) terhadap premis perniagaan atas pelbagai kesalahan pelanggaran syarat termasuk memindah milik lesen dan permit mereka kepada warga asing secara haram sejak 2023 hingga kini.
KUALA LUMPUR, 28 JUL: Pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diberikan kepada projek pembinaan yang layak seperti bangunan kediaman dan kemudahan awam termasuk rumah ibadat, taman rekreasi serta tandas awam, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
GENTING HIGHLANDS , 28 JUL: Malaysia dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga pada Kejohanan Tarian Singa Antarabangsa Genting edisi ke-15 di Arena of Stars, di sini semalam.
KOTA BHARU, 28 JUL: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan mematahkan cubaan menyeludup 102.18 kilogram (kg) bunga ganja bernilai lebih RM10 juta dalam operasi di dua lokasi di Rantau Panjang, dekat sini 23 April lepas.
KUALA TERENGGANU, 28 JUL: Seorang pegawai bank kerugian RM241,700 apabila wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan simpanannya lesap selepas diperdaya sindiket pembelian kenderaan dalam talian.
KUALA LUMPUR, 28 JUL: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan Suratcara Pelantikan kepada Ketua Hakim Negara Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh di Istana Negara, di sini.
ISTANBUL, 28 JUL: Pihak berkuasa tempatan di Gaza pada Ahad memaklumkan hanya 73 trak bantuan dibenarkan masuk ke wilayah itu dalam tempoh 24 jam lalu, di tengah-tengah krisis kebuluran yang semakin memburuk akibat sekatan berbulan-bulan Israel, lapor Anadolu Ajansi.
KUALA LUMPUR, 28 JUL: Langkah kerajaan dalam memastikan projek pembinaan sedia ada tidak terkesan dengan pengenaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) serta dasar semasa kebebasan warga asing membuka perniagaan di Malaysia antara yang menjadi tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini.
MOSCOW, 28 JUL: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersedia untuk menyokong rakyat Palestin dalam usaha pembinaan negara mereka, kata Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia Volker Turk, pada Ahad, lapor Sputnik/RIA Novosti.
PUTRAJAYA, 27 JULAI: Pertemuan antara pemimpin Thailand dan Kemboja dijangka berlangsung esok di Putrajaya bagi membincangkan gencatan senjata berhubung konflik antara kedua-dua negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR, 27 JULAI: Semua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh negara diisytiharkan cuti pada esok (28 Julai) sebagai tanda penghargaan atas kejayaan MRSM Balik Pulau menjuarai Kejohanan Super Schools Rugby 2025.
GOMBAK, 27 JULAI: Pembangunan TBG Mall di Terminal Bersepadu Gombak mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri untuk terus memacu pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan berimpak tinggi, sejajar dengan aspirasi menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri pintar dan hijau.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.