KUALA LUMPUR, 24 SEPT: Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 (Akta 852) bakal memberi perlindungan kepada masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak daripada bahaya produk berkenaan (rokok dan rokok elektronik atau vape).
SHAH ALAM, 17 SEPT: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu kes baharu cacar monyet atau mpox clade II membabitkan seorang lelaki warga tempatan, semalam.
SEPANG, 28 OGOS: Kementerian Kesihatan (KKM) dengan kerjasama Malaysia Airport Holdings Bhd meningkatkan saringan ke atas pengembara yang memasuki ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 sebagai langkah kesiapsiagaan bagi menangani risiko penularan mpox.
PUTRAJAYA, 28 OGOS: Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan tiada kes disyaki mpox dikesan daripada hampir 2.64 juta pengembara yang disaring di pintu masuk antarabangsa sejak 16 Ogos hingga semalam.
PUTRAJAYA, 26 OGOS: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengesahkan bahawa Malaysia tidak mengalami krisis kekurangan bekalan insulin untuk pesakit, dan bekalan semasa mencukupi hingga hujung tahun ini.
PUTRAJAYA, 18 OGOS: Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa bersiap sedia melalui pengukuhan aktiviti survelan dan advokasi berkaitan mpox termasuk meningkatkan pemantauan di semua pintu masuk antarabangsa.
KUALA LUMPUR, 31 JULAI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membelanjakan sebanyak RM137 juta setahun bagi menyelenggara 201 buah klinik kesihatan di seluruh negara di bawah Perkhidmatan Sokongan Klinik (PSK) dengan kontrak selama 5 tahun bermula tahun 2022.
PUTRAJAYA, 26 JULAI: Sebanyak 3,950 pengambilan meliputi 3,200 pegawai perubatan, 350 pegawai pergigian dan 400 pegawai farmasi akan dibuat menerusi pelantikan secara kontrak (interim), kata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
SUNGAI BULOH, 18 JULAI: Kementerian Kesihatan (KKM) menawarkan perkhidmatan kaunseling psikososial dan pascatrauma kepada keluarga Nur Farah Kartini Abdullah, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni.
KUALA LUMPUR, 16 JULAI: Keputusan ujian Covid-19 kini tidak perlu dimuat naik ke aplikasi MySejahtera sebaliknya hanya akan dilaporkan pengamal perubatan melalui sistem eNotifikasi, maklum Kementerian Kesihatan (KKM).
KUALA PERLIS, 14 JULAI: Kejadian dua kanak-kanak lelaki meninggal dunia akibat termakan keropok dipercayai mengandungi racun tikus di Kulim, Kedah menjadi peringatan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menumpukan usaha memperketatkan tatacara operasi piawai (SOP) bagi penggunaan serta penjualan racun seumpama itu.
PUTRAJAYA, 9 JULAI: Kes demam denggi dilaporkan meningkat kepada 2,788 kes pada Minggu Epidemologi ke-26 (ME26) iaitu bagi tempoh 23 hingga 29 Jun lepas berbanding 2,438 kes pada minggu sebelumnya, dengan lima kematian akibat komplikasi denggi dilaporkan.
TAWAU, 7 JULAI: Sebanyak 11,783 outlet makanan di negara ini menerima pengiktirafan premis bersih serta selamat (BeSS) dan tiga lagi premis di kawasan Kubota di sini dianugerahkan pengiktirafan sama pada program tinjauan mesra Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAs) oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
KUALA LUMPUR, 5 JULAI: Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
KUALA SELANGOR, 30 JUN: Kementerian Kesihatan (KKM) belum mendapat maklumat lanjut berhubung kes Sindrom Kejutan Toksik Streptococcal (STSS) yang sedang melanda Jepun.
NILAI, 29 JUN: Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengeluarkan perincian semakan semula tatacara operasi piawai (SOP) berkaitan Covid-19 dalam waktu terdekat berikutan negara telah beralih ke fasa hidup bersama pandemik itu.
KUALA LUMPUR, 25 JUN: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi untuk membolehkan Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental atau Talian HEAL 15555 diberikan secara percuma.
IPOH, 22 JUN: Kementerian Kesihatan (KKM) merancang mendigitalkan buku pendermaan darah bagi menambah baik kemudahan berkenaan sebagai satu daripada usaha untuk menarik lebih ramai penderma dalam kalangan orang muda.
PUTRAJAYA, 14 JUN: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan 6,605 kompaun bernilai RM1.6 juta sepanjang Mei lepas atas kesalahan merokok, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.
PEKAN, 11 JUN: Projek menaik taraf 403 klinik kesihatan di negara ini yang dikenal pasti sebagai klinik daif menerusi peruntukan RM150 juta menunjukkan perkembangan positif dan diharapkan dapat disiapkan akhir tahun ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.