
24 Ogos 2026
SHAH ALAM, 23 OGOS: Kepercayaan dalam pasukan serta persiapan selama dua tahun menjadi antara kunci kejayaan Selangor mempertahankan kejuaraan acara bola tampar dewan lelaki pada temasya SUKMA Selangor 2026 di Dewan Besar Tanjung MBSA, Seksyen 19, hari ini.Dalam aksi penentuan pingat emas yang berlangsung di Dewan Besar Tanjung MBSA, Seksyen 19, Shah Alam, Selangor menewaskan Wilayah Persekutuan 3-0 untuk mengesahkan kejuaraan.Kejayaan itu menyumbang pingat emas buat kontinjen Selangor sekali gus menambah koleksi pingat skuad tuan rumah pada temasya SUKMA Selangor 2026.Sebagai rekod, Selangor turut muncul juara acara bola tampar dewan lelaki pada SUKMA Sarawak 2024, menjadikan kejayaan kali ini sebagai kejuaraan kedua berturut-turut bagi skuad berkenaan.#mediaselangor #kliksukma #MBSA #bolatampar
Semua Video SUKMA







Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.