SUKMA XXII & Para SUKMA

15 – 24 Ogos 2026 · Selangor

SUKMA: Selangor Dominasi Muay Thai dengan Lima Emas

23 Ogos 2026

KLANG, 23 OGOS: KSL Esplanade Mall menjadi saksi dominasi Selangor dalam acara Muay Thai SUKMA Selangor 2026, hari ini.Skuad Muay Thai tuan rumah mempamerkan aksi cemerlang apabila meraih lima pingat emas dalam kesemua acara final yang melibatkan negeri Selangor.Pasangan adik-beradik Adhem Syf dan Arysh Shaddad Ubaidillah@Nasri menunjukkan kejaguhan masing-masing dengan kejayaan di perlawanan akhir kategori lelaki 67 kilogram (kg) dan 63.5kg.Putra Abdullah Mahmoud, yang juga atlet kebangsaan acara Muay Thai, kemudian menyumbang emas ketiga dalam kategori 60kg selepas menewaskan wakil Pulau Pinang, Muhamad Hakimi Nordin.Muhammad Haris Haiqal Helmi melengkapkan kutipan lima emas Selangor dengan menumpaskan atlet Sabah, Ed Ryan Jefferson dalam kategori 54kg.Di samping lima emas yang diraih hari ini, skuad Muay Thai Selangor turut memenangi satu pingat gangsa menerusi Nur Afifah Zakirah Ahmad Faizal dalam kategori wanita 54kg.#SUKMA2026 #Selangor #SukanMalaysia #muaythai #MediaSelangor #rentakkitaaksikita #KSLEsplanadeMall #klang

Semua Video SUKMA
Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.