
23 Ogos 2026
KLANG, 23 OGOS: Skuad boling padang Selangor memberikan kegembiraan buat kontinjen tuan rumah setelah menghadiahkan dua pingat emas dalam aksi di Kompleks Boling Padang Bayuemas, hari ini.Emas pertama disumbangkan Andrian Asyarani Khabini menerusi acara perseorangan lelaki, manakala satu lagi emas diraih menerusi gandingan mantap Puteri Aira Azman Shah, Nur Dina Najwa Tarmizy Abdullah dan Lia Zuleeqa Zilhan Azril Hasrul, serta Damia Aleesya Mohd Irman sebagai pemain simpanan dalam acara triples wanita.Pada aksi final yang berlangsung serentak itu, Andrian mengatasi wakil Terengganu, Muhammad Hafiy Darwisy Mohd Hadri dengan skor 17-14, manakala triples wanita pula menang dengan skor 18-11.#SUKMA2026 #Selangor #SukanMalaysia #bolingpadang #MediaSelangor #rentakkitaaksikita #bayuemas #klang
Semua Video SUKMA







Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.