KUALA LUMPUR, 25 JUN: Pasangan beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun mempertahankan kejuaran Terbuka Taiwan dua tahun berturut-berturut selepas menewaskan beregu tuan rumah, Lu Ching Yao-Yang Po Han hari ini.
KUALA LUMPUR, 25 JUN: Pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya merangkul gelaran Jelajah Dunia kedua selepas dinobatkan juara Terbuka Taipei 2023 hari ini.
KUALA LUMPUR, 24 JUN: Sri Pahang FC berjaya memintas Kedah Darul Aman FC untuk melonjak ke tangga ketiga Liga Super selepas membelasah pasukan tercorot, Kelantan FC, 5-0, di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.
KUALA LUMPUR, 22 JUN: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang mendapat suntikan semangat menjelang persiapan ke Sukan Olimpik 2024 Paris apabila kedudukannya melonjak ke ranking ketiga dunia acara keirin serta keenam bagi acara pecut.
KUALA NERUS, 20 JUN: Persembahan cemerlang pada separuh masa kedua menjadi kunci kejayaan Malaysia membelasah Papua New Guinea 10-0 pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini, malam ini.
KUALA LUMPUR, 20 JUN: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang memperhalusi langkah memperkenalkan sukan elektronik (e-sukan) sebagai antara aktiviti sukan di peringkat sekolah.
NILAI, 19 JUN: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang menganggap beliau layak menerima sokongan istimewa dalam mengejar impian emas pertama negara di Sukan Olimpik Paris 2024.
SHAH ALAM, 19 JUN: Selangor berjaya meraih 10 emas, 10 perak dan tujuh gangsa dalam Karnival Bakat dan Pelapis Siri 1 2023 di Majlis Sukan Negara, Kuala Lumpur pada 16 hingga 18 Jun.
KUALA LUMPUR, 19 JUN: Jurulatih skuad kebangsaan Jess Tay bangga dengan semangat juang yang ditunjukkan anak buahnya, yang meraih pingat perak di kejohanan Piala Dunia Skuasy 2023 di Chennai, India semalam.
NILAI, 18 JUN: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang, berjaya mengulangi pencapaian emas berganda Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 15 tahun lalu, apabila cemerlang meraih gelaran keirin lelaki dengan menidakkan cabaran getir tiga pelumba Jepun, hari ini.
KUALA LUMPUR, 17 JUN: Skuad bola jaring remaja negara terus cemerlang apabila berjaya mempertahankan makhkota kejuaraan pada Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia 2023 di Jeonju, Korea Selatan, hari ini.
SHAH ALAM, 17 JUN: Selangor mengutip 17 pingat setakat hari ketiga Karnival Bakat Kebangsaan Majlis Sukan Negara (MSN) yang berlangsung di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR, 17 JUN: Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei masih belum berhasrat mengisi kekosongan jawatan Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang ditinggalkan Wong Choong Hann.
JAKARTA, 17 JUN: Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan momentum cemerlang mereka pada kejohanan badminton Terbuka Indonesia 2023 untuk mara ke separuh akhir.
NILAI, 16 JUN: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali memastikan gelaran Jaguh Pecut Asia miliknya selepas memenangi final acara pecut elit lelaki di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 di Velodrom Nasional di sini malam ini.
KUALA LUMPUR, 15 JUN: Peminat bola sepak tanah air dijangka berpeluang menyaksikan sekali lagi pertembungan antara penyandang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC di pentas final Piala Malaysia 2023 selepas kedua-dua pasukan diundi dalam laluan berbeza kecuali bertemu di final.
JAKARTA, 15 JUN: Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi satu-satunya wakil negara yang masih mengibarkan cabaran Malaysia di Terbuka Indonesia 2023.
KUALA NERUS, 14 JUN: Malaysia bangkit daripada ketinggalan untuk melakar kemenangan bergaya ke atas pasukan di ranking lebih tinggi, Kepulauan Solomon 4-1 pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini, malam ini.
NILAI, 14 JUN: Pasukan pecut lelaki elit negara yang dibarisi pelumba pelapis menjadi satu-satunya penyumbang pingat pada hari pertama Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023, di Velodrome Nasional di sini.
KUALA LUMPUR, 14 JUN: Tersingkir awal dalam tiga kejohanan berturut-turut menyaksikan pemain perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia tergelincir daripada kedudukan 10 terbaik dunia hari ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.