KUALA LUMPUR, 15 FEB: Skuad Harimau Malaya berada di ranking ke-132 dunia berdasarkan kemas kini Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
SHAH ALAM, 15 FEB : Skuad badminton wanita negara mengakhiri saingan Kumpulan Y sebagai naib juara selepas tewas 1-4 kepada Thailand pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 di Pusat Konvensyen Setia City di sini hari ini.
SHAH ALAM, 14 FEB: Skuad lelaki negara membenam Kazakhstan 5-0 untuk mengesahkan tempat ke suku akhir Kejohanan Berpasukan Badminton Asia (BATC) 2024, di sini hari ini.
SHAH ALAM, 14 FEB: Selepas membenam wakil Kazakhstan,Dmitriy Panarin dengan mudah pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 hari ini, Lee Zii Jia bersedia untuk berdepan cabaran lebih sukar menentang wakil Taiwan, Lin Chun Yi pada esok.
KUALA LUMPUR, 14 FEB: Sebanyak 21 negara telah mengesahkan slot untuk menyertai Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang akan berlangsung di Stadium Titiwangsa di sini pada 18 hingga 26 Mei ini.
SHAH ALAM, 14 FEB: Pasukan wanita kebangsaan mengesahkan tempat ke suku akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas menyingkirkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 5-0 hari ini.
SHAH ALAM, 13 FEB: Skuad lelaki kebangsaan memulakan kempen Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 dengan bergaya selepas mudah mengecewakan Brunei, 5-0 dalam perlawanan Kumpulan B di Pusat Konvensyen Setia City di sini hari ini.
SHAH ALAM, 13 FEB: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari merasmikan Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 yang membuka tirainya hari ini hingga Ahad depan.
SEPANG, 12 FEB: Datuk Pandelela Rinong hari ini berkata penerjun senior sepertinya boleh bersara, jika ada atlet pelapis yang boleh mengatasi mereka.
KUALA LUMPUR, 12 FEB: Teka teki mengenai kedudukan dua penerjun negara, Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri dalam senarai program ‘Road to Gold’ (RTG) berkemungkinan akan diketahui pada mesyuarat jawatankuasa program itu akhir bulan ini.
SHAH ALAM, 12 FEB: Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia bersedia untuk bersaing pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 yang bermula esok hingga 18 Februari, selepas pulang menjalani latihan di Korea Selatan baru-baru ini.
KUALA TERENGGANU, 12 FEB: Impian penyokong pasukan Terengganu FC (TFC) untuk melihat dua bintang Johor Darul Ta'zim (JDT) beraksi bersama skuad penyu menjadi kenyataan.
KUALA LUMPUR 10 FEB: Skuad taekwondo negara menampilkan aksi cemerlang di kejohanan Terbuka Kanada 2024 apabila menuai satu emas, satu perak dan satu gangsa dalam disiplin poomsae awal pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 9 FEB: Skuad terjun negara hari ini menamatkan kempen Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar tanpa membawa pulang sebarang pingat selain tiada tambahan kepada senarai wakil negara yang berjaya menempah slot ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Oleh Ahmad Nazrin Syahmi Mohamad Arif DOHA, 9 FEB: Ketua jurulatih Jordan Hussein Ammouta meramalkan pasukan itu bakal berdepan tugas berat menentang juara bertahan Qatar di Stadium Lusail malam esok. Meskipun anak buahnya mencipta kejutan menumbangkan dua bekas juara iaitu Iraq dan Korea...
KUALA LUMPUR, 8 FEB: Kem terjun negara terus dirudung malang selepas seorang lagi penerjun harapan Nur Dhabitah Sabri gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.
DOHA, 8 FEB: Gol lewat permainan Almoez Ali memastikan Qatar hanya selangkah lagi bagi mempertahankan gelaran apabila mara ke final Piala Asia 2023 selepas menewaskan juara tiga kali Iran 3-2 pada perlawanan separuh akhir yang sengit di Stadium Al Thumama di sini, malam tadi.
Daripada Ahmad Nazrin Syahmi Mohamad Arif AL RAYYAN, 6 FEB: Ketua jurulatih Jurgen Klinsmann tidak berniat untuk meletak jawatan selepas Korea Selatan tewas 2-0 kepada Jordan pada saingan separuh akhir Piala Asia di Stadium Ahmad bin Ali di sini, malam ini (tengah malam waktu...
KUALA LUMPUR, 6 FEB: Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong dan gandingannya Nur Dhabitah Sabri terlepas tiket untuk ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas hanya menamatkan saingan acara 10 meter (m) platform seirama di kedudukan ke-12 di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar, malam ini.
AL RAYYAN (QATAR), 6 FEB: Jordan mengejutkan juara dua kali Korea Selatan 2-0 pada perlawanan separuh akhir untuk memahat sejarah layak julung kali ke pentas final Piala Asia 2023 malam ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.