SHAH ALAM, 14 DIS: Penganjuran kejohanan Asia Challenge 2020 bulan hadapan disifatkan sebagai ‘atur gerak’ pasukan Selangor dalam menghadapi kempen Liga Malaysia (Liga-M) musim depan, kata Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Dr Johan Kamal Hamidon.
SHAH ALAM, 14 DIS: Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) meletakkan sasaran untuk layak ke saingan peringkat Asia pada 2021 menerusi kempen Liga Malaysia (Liga-M) musim 2020 yang dijangka bermula hujung Februari depan.
SHAH ALAM, 13 DIS: Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) melancarkan Gardens Arena, sebuah padang sintetik untuk kemudahan latihan bola sepak di Gamuda Gardens, Sungai Buloh pada 7 Disember lalu.
SHAH ALAM, 13 DIS: Tirai Liga Malaysia 2020 akan dibuka pada 28 Februari hadapan dengan perlawanan Piala Sumbangsih yang menemukan juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juara Piala FA, Kedah di Stadium Sultan Ibrahim, Larkin.
SHAH ALAM, 12 DIS: Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) melengkapkan kouta pemain import susulan penyertaan Safuwan Baharudin bersama skuad Gergasi Merah.
NEW CLARK CITY, 11 DIS: Pertunjukan bunga api yang memukau, mewarnai keseluruhan Stadium Olahraga New Clark City yang berkapasiti 20,000, sewaktu Sukan SEA ke-30 di Filipina ditutup secara rasminya malam ini.
NEW CLARK CITY, 11 DIS: Majlis Sukan Negara (MSN) bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kegagalan atlet negara mencapai sasaran 70 pingat emas pada Sukan SEA Ke-30, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Shapawi Ismail.
NEW CLARK CITY, 10 DIS: Jaguh lempar cakera lelaki negara, Muhammad Irfan Shamsuddin, melengkapkan hari gemilang skuad olahraga negara, selepas menyumbang pingat emas kelima pada hari terakhir acara olahraga Sukan SEA ke-30 di Filipina, hari ini.
SHAH ALAM, 10 DIS: Skuad Gergasi Merah dijangka mampu mencetuskan impak besar bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan apabila ‘ayam tambatan’ PKNS FC, Nicholas Nick Swirad sah menyertai pasukan itu.
PETALING JAYA, 10 DIS: Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan Elektronik Dunia (WESG) Asia Pasifik 2019-2020 dengan disertai 260 pemain dari 58 negara di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid di sini, dari 3 hingga 5 Januari depan.
MANILA, 9 DIS: Gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya menamatkan kemarau pingat emas selama 16 tahun dalam acara beregu lelaki Malaysia pada temasya Sukan SEA apabila bangkit untuk mengalahkan beregu Thailand, pada final edisi ke-30 di sini, hari ini.
KUALA LUMPUR, 9 DIS: Pelumba pasukan Honda Asia Dream Racing with Showa, Md Zaqhwan Zaidi, tidak mahu meletakkan sebarang sasaran pada Kejuaraan Endurance Dunia (EWC) Sepang 8-Hours 2019 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) minggu ini.
MANILA, 9 DIS: Skuad badminton negara di Sukan SEA ke-30 hari ini mencipta sejarah tersendiri, apabila memenangi pingat emas bagi kedua-dua acara perseorangan, lelaki dan wanita akhir.
MANILA, 9 DIS: Seorang ahli akademik, Dr Yew Weng Keng mencipta sejarah sebagai atlet pertama Malaysia memenangi pingat emas e-Sukan pertama di Sukan SEA di Filoil Flying V Centre, San Juan, hari ini.
MANILA, 9 DIS: Kejayaan pelari pecut kebangsaan, Muhammad Haiqal Hanafi mepertahankan emas negara dalam acara 100 meter lelaki berjaya mengubat prestasi hambar kontinjen Malaysia pada hari kelapan Sukan SEA ke-30 di Filipina, semalam.
FILIPINA, 8 DIS: Ketua kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2019, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, optimis atlet negara mampu mencapai sasaran 70 pingat emas pada Sukan SEA ke-30 di Filipina.
PETALING JAYA, 8 DIS: Penduduk di Selangor berpeluang menyaksikan pelumba basikal profesional handalan dunia berentap pada kejohanan berbasikal Tour De Selangor 2019.
PETALING JAYA, 8 DIS: Atlet Selangor mewakili negara yang meraih pingat dalam temasya Sukan SEA ke-30 di Filipina bakal menerima insentif dari Kerajaan Negeri.
MANILA, 8 DIS: Malaysia sukar mencapai sasaran 70 pingat emas pada temasya Sukan SEA ke-30 di Filipina selepas merekodkan catatan terbaik pungutan pingat iaiu lapan emas, lapan perak dan 13 gangsa pada saingan hari ketujuh temasya dwitahunan itu semalam.
MANILA, 7: Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) telah memfailkan bantahan rasmi kepada Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) berikutan pengadilan yang berat sebelah dan layanan tidak adil terhadap gimnas negara pada temasya Sukan SEA ke-30 di sini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.