KUALA LUMPUR, 31 MAC: Sukan Olimpik Tokyo telah dijadualkan semula untuk diadakan dari 23 Julai hingga 8 Ogos 2021, iaitu tepat setahun daripada tarikh asal yang dirancang sebelum ini (24 Julai 2020), kata penganjur ketika mengesahkan perkara itu.
SHAH ALAM, 29 MAC: Penangguhan Sukan Olimpik Tokyo 2020 agak mengecewakan Farah Ann Abdul Hadi kerana temasya terbesar dunia itu adalah penampilan sulungnya selepas gagal pada edisi 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.
SHAH ALAM, 28 MAC: Atlet muda yang terlibat dalam Sukan Malaysia (Sukma) Johor 2020 dinasihatkan terus bersemangat walaupun temasya itu ditangguh, kata ratu gimnastik negara.
KUALA LUMPUR, 26 MAC: Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) telah memutuskan untuk menjadualkan semula beberapa kejohanan di bawah sanksi mereka bagi tempoh empat bulan akan datang susulan pandemik global Covid-19.
KUALA LUMPUR, 25 MAC: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bersetuju memanjangkan tempoh penangguhan Liga Malaysia (Liga-M) ke satu tarikh baharu akan ditetapkan kemudian susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 14 April ini.
SHAH ALAM, 25 MAC: Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (Sukma) sebulat suara bersetuju menangguhkan Sukma Johor 2020 ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian, kata menteri belia dan sukan.
KUALA LUMPUR, 25 MAC: Majlis Olimpik Asia (OCA) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) melahirkan sokongan penuh keputusan kerajaan Jepun dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menangguhkan Sukan Olimpik Tokyo 2020 sehingga tahun depan, ekoran penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia.
KUALA LUMPUR, 24 MAC: Nasib penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) 2020 di Johor dijangka diketahui esok apabila Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma diadakan melalui persidangan video berikutan pandemik Covid-19.
SHAH ALAM, 21 MAC: Kementerian Belia dan Sukan belum memuktamadkan keputusan menyertai Sukan Olimpik Tokyo 2020 Julai ini, kata menterinya.
SHAH ALAM, 19 MAC: Bekas jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei menyeru semua rakyat negara ini berganding bahu ketika berdepan wabak Covid-19.
SHAH ALAM, 18 MAC: Pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio 2016 Katerina Stefanidi mengkritik keputusan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) meneruskan acara itu di Jepun, Julai ini, di sebalik kembimbangan penularan Covid-19.
SHAH ALAM, 18 MAC: Semua pasukan dilarang mengadakan latihan, perlawanan persahabatan serta mengehadkan pergerakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bermula hari ini sehingga 31 Mac, maklum Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).
SHAH ALAM, 17 MAC: Selangor memperuntukkan RM7 juta untuk pembangunan sukan, persiapan atlet dan menaik taraf infrastruktur pada tahun ini, kata EXCO sukan.
KUALA LUMPUR, 17 MAC: Sukan Para Asean (APG) 2020 ditunda kali ketiga dan dijadualkan berlangsung dari 3 hingga 9 Oktober susulan Covid-19 yang kini menjadi ancaman global.
SHAH ALAM, 16 MAC: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengesahkan jaguh baling tukul besi negara, Jackie Wong Siew Cheer positif Covid-19.
SHAH ALAM, 15 MAC: Selangor optimis mampu mematahkan sayap Lang Merah dalam perlawanan keempat CIMB Liga Super 2020 walaupun beraksi tanpa penyokong di Stadium Darul Aman, Alor Setar jam 9 malam ini.
KUALA LUMPUR, 15 MAC: Satu demi satu acara sukan terpaksa ditangguh atau dibatalkan ekoran penularan wabak Covid-19, dan terbaharu Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) hari ini mengumumkan penangguhan Liga Hoki Remaja Malaysia (LHRM) 2020.
LUMUT, 14 MAC: Satu modul latihan khas disediakan Pengarah Pembangunan Remaja Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Misbun Sidek untuk diguna pakai jurulatih negara dalam usaha melahirkan pemain bertaraf dunia.
KUALA LUMPUR, 14 MAC: Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) memutuskan menangguhkan semua penganjuran aktiviti sukan permotoran ke satu tarikh ditentukan kelak.
KUALA LUMPUR, 14 MAC: Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2020 dijadual berlangsung pada 31 Mac hingga 5 April di Axiata Arena, Bukit Jalil ditangguhkan berikutan Covid-19.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.