KUALA LUMPUR, 13 OKT: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) telah meletakkan penanda aras baharu bagi mengelakkan masalah kebajikan pemain terus berulang pada musim depan, apabila tidak memperbaharui lesen dua pasukan Liga Super.
SHAH ALAM, 12 OKT: Pasukan Selangor FC meneruskan momentum cemerlang bawah kendalian Tan Cheng Hoe apabila menumpaskan Sarawak United FC 1-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Negeri Sarawak di Kuching, Sarawak semalam.
KUALA LUMPUR, 11 OKT: Skuad Bawah 16 tahun (B-16) kebangsaan berharap dapat menjalani kem latihan di Timur Tengah atau Jepun menjelang kempen pusingan akhir Piala Asia Bawah 17 tahun (B-17) 2023.
SHAH ALAM, 11 OKT: Majlis pengenalan 20 pasukan yang bertanding pada perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 berlangsung penuh meriah di Hotel Concorde malam tadi.
KUALA LUMPUR, 9 OKT: Jaguh larian menara Soh Wai Ching meraih gelaran keempat berturut-turut di Amerika Syarikat (AS) selepas menjuarai Tunnel to Towers Climb Tampa Florida, semalam.
KUALA LUMPUR, 9 OKT: Kelab Badminton (BC) Ampang Jaya merangkul kejuaraan sulung Malaysia Purple League (MPL) musim ini selepas membenam Petaling BC 9-2 di Arena of Stars, Genting Highlands hari ini.
ANKARA, 9 OKT: Pemandu Red Bull Racing Max Verstappen menjuarai Grand Prix Formula Satu (F1) Jepun pada Ahad sekali gus dinobatkan juara dunia Formula One 2022.
KUALA LUMPUR, 9 OKT: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang berharap skuad negara mampu membawa pulang pingat dari Kejohanan Dunia Trek di Saint-Quentin-en-Yvelines, Perancis pada 12 hingga 16 Oktober ini.
KUALA LUMPUR, 9 OKT: Desas-desus beberapa pasukan mahu menarik diri daripada Liga Super 2023 tidak akan menjejaskan perjalanan liga bola sepak profesional itu yang bakal dijalankan menggunakan format baharu.
PUTRAJAYA, 8 OKT: Selangor dinobatkan juara keseluruhan Kejohanan Sukan Elektronik (e-Sukan) sempena sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2022 peringkat kebangsaan selepas menjuarai Mobile Legend Bang Bang (MLBB) dan PUBG Mobile pada hari terakhir saingan di Dewan Auditorium Cempaka Sari di sini, hari ini.
KUALA LUMPUR, 8 OKT: Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak menghala ke Kuantan akan ditutup bagi memberi laluan kepada acara sukan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022, dari 1.45 tengah hari hingga 4 petang pada 13 Oktober ini.
SHAH ALAM, 7 OKT: Pasukan Selangor FC meneruskan momentum cemerlang dibawah kendalian Tan Cheng Hoe selepas menewaskan PJ City 1-0 pada saingan Liga Super malam ini.
SHAH ALAM, 7 OKT: Skuad bawah 16 (B-16) tahun negara menghidupkan peluang mara ke pusingan akhir Piala Asia B-17 2023 apabila mengejutkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 3-2 di Stadium Pakansari, Bogor, Indonesia, sebentar tadi.
SHAH ALAM, 3 OKT: Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor akan menjalankan penilaian semula bagi memperbaiki prestasi kontinjen negeri dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) pada masa depan.
KUALA LUMPUR, 2 OKT: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan memperketatkan kawalan masuk ke stadium sebagai mengambil iktibar daripada insiden rusuhan di Indonesia malam tadi.
KUALA LUMPUR, 2 OKT: Johor Darul Ta’zim (JDT) dinobatkan selaku juara Liga Super buat kali kesembilan berturut-turut dengan berbaki empat perlawanan liga malam ini, sekali gus mencipta sejarah terunggul dalam arena bola sepak negara yang sukar dicabar pasukan lain.
SHAH ALAM, 1 OKT: Ketua jurulatih baharu Selangor Tan Cheng Hoe lulus ujian pertama apabila Gergasi Merah meraih kemenangan besar 5-0 ke atas Melaka United di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam ini.
SHAH ALAM, 1 OKT: Skuad bawah 16 (B-16) tahun negara memulakan kempen kelayakan Piala Asia B-17 2023 dengan menewaskan Palestin 4-0, sebentar tadi.
SHAH ALAM, 30 SEPT: Selangor FC melantik Dennis Bekking sebagai pengarah teknikal baharu menjelang persiapan kelab menghadapi saingan musim hadapan.
SHAH ALAM, 27 SEPT: Penyokong Gergasi Merah diajak hadir memberi sokongan perlawanan terakhir Liga Super di laman sendiri pada Sabtu ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.