KUALA LUMPUR, 13 NOV: Beberapa menteri Kabinet hari ini menzahirkan ucapan takziah atas pemergian bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin pagi ini.
KUALA LUMPUR, 13 NOV: Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pemergian bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia hari ini sebagai kehilangan seorang sahabat seperjuangan.
SHAH ALAM, 13 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat, ribut petir, angin kencang melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 4 petang ini.
SHAH ALAM, 13 NOV: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) ketujuh hari ini.
KUALA LUMPUR, 13 NOV: Tuntutan Kumpulan Sulu yang mendakwa mereka bebas untuk mengambil tindakan terhadap Sabah, termasuk kemungkinan menyewakannya kepada negara lain seperti China atau Filipina, disifatkan sebagai tidak masuk akal.
KUALA LUMPUR, 13 NOV: Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mesir telah berjaya mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Mesir, sekali gus menjana potensi eksport bernilai RM4.8 billion (US$1.1 billion) untuk Malaysia.
SHAH ALAM, 13 NOV: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dijadual membentangkan Belanjawan Selangor 2025 bermula jam 3 petang pada 15 November ini.
KUALA LUMPUR, 13 NOV: Empat lelaki warga Vietnam yang disyaki terbabit dalam 44 kes pecah rumah dan pejabat di sekitar Lembah Klang, maut dalam kejadian berbalas tembakan di sebuah residensi di Jalan Imbi, di sini.
KUALA LUMPUR, 13 NOV: Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin meninggal dunia pada usia 86 tahun di sebuah hospital swasta, pagi ini.
KUALA LUMPUR, 13 NOV: Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengkritik apa yang dilihatnya sebagai sikap berat sebelah media Barat dalam liputan konflik Israel-Palestin dan menyeru satu pendirian global yang konsisten terhadap isu hak asasi manusia.
KUALA LUMPUR, 13 NOV: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melantik tiga ikon bahasa dalam kalangan pempengaruh media sosial, bagi membantu agensi itu memberikan asas penggunaan bahasa yang baik kepada orang awam.
KUALA LUMPUR, 13 NOV: Usaha memperkemas Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian antara yang akan dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
KUALA LUMPUR, 13 NOV: Sebanyak 324 kes kematian pekerjaan direkodkan di seluruh negara sepanjang tahun lepas, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim.
KAHERAH, 13 NOV: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan terus memberikan bantuan kepada rakyat Palestin yang cedera akibat keganasan Zionis, bagi membolehkan mereka menerima rawatan lebih baik.
KAHERAH, 12 NOV: Pengambilan pertama pelajar bagi mengikuti kursus intensif bahasa Arab di Institut Bahasa Arab Al-Azhar di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan bermula awal tahun depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR, 12 NOV: Sejumlah 2.3 juta murid dan pelajar lepasan menengah sudah membuat penebusan baucar buku MADANI bernilai RM190 juta setakat 8 November, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
KUALA LUMPUR, 12 NOV: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 (Belanjawan 2025) di peringkat dasar selepas dibahaskan sejak 21 Oktober lalu.
KUALA LUMPUR, 12 NOV: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengundang tokoh ulama yang juga bekas Mufti Mesir Syeikh Prof Ali Jum'ah ke Malaysia, bagi meneruskan kesinambungan pengajaran turath Islami yang sedang giat digerakkan oleh kerajaan.
SEPANG, 12 NOV: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan penjawat awam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh integriti dan sama sekali tidak melanggar peraturan yang ditetapkan dalam perkhidmatan awam.
SHAH ALAM, 12 NOV: Seramai 136 orang kurang upaya (OKU) diterima masuk dalam sektor awam sejak 2023 hingga 30 September lalu, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.