KOTA BHARU, 2 DIS: Banjir yang melanda negeri ini menyebabkan seorang graduan sebuah universiti awam di Tanjung Malim, Perak terpaksa meraikan hari konvokesyennya di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Bachok Sabtu lepas.
PASIR MAS, 2 DIS: Kementerian Pendidikan akan mempertimbang cadangan agar peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilaksanakan di luar musim tengkujuh.
KUALA LUMPUR, 2 DIS: Situasi banjir di seluruh negara mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan, dengan jumlah mangsa yang dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS) mencatatkan trend penurunan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
SHAH ALAM, 2 DIS: Jabatan Imigresen Malaysia menahan seramai 41,906 pendatang asing tanpa izin sejak Januari hingga pertengahan November.
SHAH ALAM, 2 DIS: Kerajaan menjana penjimatan sebanyak RM600 juta sebulan selepas melaksanakan penyasaran subsidi diesel bermula Jun lalu.
KUALA LUMPUR, 2 DIS: Isu berkaitan kebersihan, keselamatan dan kekurangan produk baharu yang menarik menjadi antara cabaran besar kerajaan dalam mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VMY2026), kata Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan.
SHAH ALAM, 2 DIS: Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhasrat melaksanakan pemakaian kamera badan kepada anggota Jabatan Imigresen di pintu masuk utama negara, khususnya sempadan Johor dan Singapura.
KUALA LUMPUR, 2 DIS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata kerajaan telah menyediakan peruntukan tambahan untuk tindakan susulan pascabanjir yang dijangka bermula pertengahan bulan ini.
KUALA LUMPUR, 2 DIS: Jumlah mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu mencatatkan penurunan sedikit, menjadikan jumlah mangsa terjejas di sembilan negeri seramai 138,052 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 140,896 orang malam tadi.
KUALA LUMPUR, 2 DIS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa sektor swasta untuk turut sama menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa banjir, sama ada dari segi sumbangan dana atau menghantar jentera bantuan ke kawasan terjejas.
PUTRAJAYA, 2 DIS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa penjawat awam untuk meningkatkan prestasi selaras dengan kenaikan gaji yang bermula bulan ini, susulan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang berkuat kuasa semalam.
KUALA LUMPUR, 2 DIS: Tekad dan usaha Kerajaan Madani dalam memerangi jenayah siber untuk menjamin keselamatan dalam talian semakin serius dengan pembentangan dua rang undang-undang berkaitan, di Dewan Rakyat hari ini.
KUALA LUMPUR, 2 DIS: Isu keciciran pembelajaran, pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) dan perkhidmatan mesin pengimbasan pasport automatik di semua pintu masuk negara antara tumpuan perbincangan Dewan Rakyat hari ini.
KOTA BHARU, 1 DIS: Sebuah trak tujuh tan milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah tergelincir semasa Op Murni, namun kejadian tidak melibatkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terkesan dengan banjir di Rantau Panjang.
SHAH ALAM, 1 DIS: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari meluncurkan dua naskah buku terbitan agensi berkaitan negeri sempena majlis penutup Sidang Kemuncak Pendidikan Selangor (SES) hari ini.
JERTIH, 1 DIS: Sebuah van yang membawa jenazah seorang lelaki warga emas terpaksa dibawa menaiki trak tunda dari Hospital Besut di sini sehingga ke Plaza Tol Kuala Terengganu di Gemuruh semalam, susulan banjir di daerah Besut dan Setiu.
SHAH ALAM, 1 DIS: Sidang Kemuncak Pendidikan Selangor (SES) yang julung kali diadakan menjadi platform buat negeri beralih ke arah revolusi industri 4.0 (IR 4.0) dan kecerdasan buatan (AI).
KUALA TERENGGANU, 1 DIS: Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) telah mengaktifkan Ops Payung untuk memastikan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dapat menduduki peperiksaan dengan lancar esok.
SHAH ALAM, 1 DIS: Keadaan banjir di seluruh negara ketika ini khususnya di Kelantan dan Terengganu amat membimbangkan kerana ia lebih teruk berbanding tahun 2014, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
SHAH ALAM, 1 DIS: Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa kestabilan politik selepas dua tahun menerajui kerajaan sekali gus meyakinkan pelabur bahawa Malaysia berada di landasan yang betul.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.