GEORGE TOWN, 6 OGOS: Polis berjaya menumpaskan geng Ah Long yang turut menawarkan pinjaman tidak wujud yang aktif di Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu sehingga menyebabkan mangsa kerugian hampir RM100,000 selepas menahan lima lelaki dalam serbuan di sebuah kondominium di Lebuh Kudin, Gelugor di sini Selasa lepas.
LABUAN, 6 OGOS: Seorang lelaki berusia 51 tahun dijatuhi hukuman penjara 22 tahun dan 18 sebatan rotan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merogol anak perempuan tirinya berusia 15 tahun dan melakukan sumbang mahram sejak lima tahun lepas.
JOHOR BAHRU, 6 OGOS: Seorang kanak-kanak lelaki warga Bahrain yang tiba di bandar raya ini bersama keluarga untuk melancong, maut selepas terjatuh dari tingkat sembilan sebuah hotel di Iskandar Puteri, di sini, petang semalam.
KUANTAN, 6 OGOS: Seorang ahli perniagaan yang baru pulang dari sebuah pusat hiburan maut ditembak dalam kejadian di sini awal pagi tadi.
SEREMBAN, 6 OGOS: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban dan IPD Nilai hari ini melupuskan 808 barangan elektronik berkaitan mesin judi siber yang dianggarkan bernilai RM1.3 juta, yang dirampas ketika operasi di kedua-dua daerah itu.
GEORGE TOWN, 5 OGOS : Polis menahan tiga orang lelaki yang disyaki terlibat dengan kes-kes curi komponen motosikal dengan menyasarkan konvoi penunggang motosikal berkuasa tinggi yang tinggal di hotel-hotel di sekitar George Town, semalam.
IPOH, 5 OGOS : Barang kemas bernilai kira-kira RM1 juta dipercayai dilarikan empat lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang dalam kejadian samun di Jalan Chin Hwa, Taman Chateau di sini awal pagi tadi.
SHAH ALAM, 5 OGOS : Seorang anggota polis dan satu orang awam cedera akibat diserang menggunakan parang dalam pergaduhan antara dua kumpulan lelaki di Kuil Kaliamma Bestari Jaya, Kuala Selangor dekat sini malam tadi.
KUALA LUMPUR, 4 OGOS : Seorang anggota polis berpangkat koperal ditahan setelah melepaskan tembakan di luar sebuah pusat hiburan di Jalan Tun Razak di sini, hari ini.
LAHAD DATU, 4 OGOS: Perbuatan kutuk seorang bapa yang menjadikan anak angkatnya sebagai hamba seks selama 14 tahun akhirnya terbongkar apabila mangsa nekad membuat laporan polis di sini minggu lalu.
KUCHING, 4 OGOS: Polis Sarawak menerima empat laporan berkaitan kes penipuan pinjaman tidak wujud yang melibatkan kerugian berjumlah RM67,664, semalam.
KOTA KINABALU, 4 OGOS: Seramai 98 individu ditahan dalam ‘Op Ice Breaker’ yang dijalankan bermula 27 Julai hingga semalam di sekitar daerah Kota Kinabalu.
PADANG BESAR, 4 OGOS : Seorang lelaki mati lemas dipercayai akibat diserang sawan ketika sedang menangkap ikan bersama enam rakannya di Empangan Timah Tasoh, Bukit Manik di sini malam tadi.
GEORGE TOWN, 4 OGOS : Polis tidak menolak kemungkinan pemilik akaun Facebook yang mengunakan nama Wendy Loong dan memuat naik hantaran laman sosial yang menghina Nabi Muhammad S.A.W menggunakan akaun palsu.
KUANTAN, 4 OGOS : Tindakan seorang pemandu membuat pinjaman kewangan untuk majlis perkahwinan menjerat diri apabila kerugian RM20,650 kerana diperdaya syarikat pemberi pinjaman tidak wujud.
KUALA LUMPUR, 2 OGOS: Lima lelaki termasuk penjaga premis judi atas talian ditahan sepasukan polis dalam serbuan di dua premis di Cheras, semalam.
KUALA LUMPUR, 2 OGOS: Keputusan permohonan pihak pendakwaan supaya kes rasuah RM1 juta yang dihadapi ahli perniagaan, Datuk Tan Eng Boon dibicarakan bersama kes bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, akan diketahui pada 9 Ogos ini.
KUALA LUMPUR, 2 OGOS: Polis menemui satu peranti letupan di laman sebuah rumah di Bukit Damansara, semalam.
KUALA LUMPUR, 1 OGOS : Polis menahan lima lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes samun bersenjata terhadap pemandu Grab Car di Jalan Besar, berhampiran Pusat Komuniti Komersial, Bandar Tun Razak, dekat sini Selasa lepas, semalam.
KUALA LUMPUR, 1 OGOS: Seorang saksi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mengetahui bagaimana salinan pendua resit pembayaran RM2 juta yang diberikan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kepada Pengarah Urusan Syarikat Aset Kayamas Sdn Bhd, Tan Sri Chai Kin Kong tidak berada di dalam buku resit rasmi UMNO.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.