KUALA LUMPUR, 16 OGOS: Seramai 19 lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang di sini hari ini atas pertuduhan menganggotai dan membantu kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai Geng Emi Keju.
JOHOR BAHRU, 15 OGOS: Seorang lelaki tempatan ditahan kerana mencederakan seorang lelaki lain menggunakan kayu di kawasan parkir sebuah restoran di Jalan Sutera, Taman Sentosa di sini semalam.
GEORGE TOWN, 15 OGOS: Seorang penasihat undang-undang sebuah bank cedera parah termasuk melecur di muka dan badan selepas disimbah asid di hadapan sebuah bank di Jalan Burma, Pulau Tikus di sini.
KOTA BHARU, 15 OGOS: Seorang wanita warga emas berumur 62 tahun bersama dua orang anak lelakinya antara tujuh suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kes pengedaran dadah dalam tiga serbuan pada 13 dan 14 Ogos lepas.
KUCHING, 15 OGOS: Dua anggota polis berpangkat Lans Koperal ditahan kerana terlibat dengan penyalahgunaan dadah dalam operasi Blue Devil yang dijalankan semalam.
SHAH ALAM, 13 OGOS: Polis menahan dua individu lelaki bagi membantu siasatan kes tetak yang menyebabkan seorang wanita warga emas maut manakala cucu lelakinya parah dalam kejadian di Sabak Bernam dekat sini awal pagi semalam.
KUALA KRAI, 13 OGOS: Polis memburu seorang lelaki Pakistan berusia 50-an kerana disyaki menikam bekas isterinya menggunakan golok dalam kejadian di sini pada 1 Ogos lalu.
NILAI, 12 OGOS: Polis dari Ireland, England dan Perancis kini berada di Malaysia bagi membantu siasatan kes remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang dilaporkan hilang sejak 4 Ogos lalu.
KUALA LUMPUR, 12 OGOS: Satu objek yang menyerupai bom mortar lama ditemui di sebuah laman rumah di kawasan Kampung Segambut Bahagia, Segambut, di sini.
KUALA LUMPUR, 12 OGOS: Terdapat segelintir pihak dikesan memanipulasi kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan, Kajang, Sabtu lepas dengan mengaitkan sentimen perkauman dalam kejadian itu, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor.
SHAH ALAM, 12 OGOS: Seorang wanita warga emas maut manakala cucu lelakinya cedera parah selepas ditetak lima suspek bertopeng bersenjatakan parang di rumahnya di Kampung Tebuk Pulai, Sabak Bernam dekat sini awal pagi tadi.
TANJUNG MALIM, 12 OGOS: Sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik sebuah bank di Jalan Haji Mustafa Raja Kamala di sini diletupkan sebelum wang tunai dianggarkan kira-kira RM300,000 dilarikan sekumpulan perompak.
SHAH ALAM, 12 OGOS: Polis memburu dua lelaki kerana cuba melarikan dua mesin deposit wang tunai (CDM) dan sebuah mesin pengeluaran wang (ATM) sebuah bank di Setia Alam di sini semalam.
JOHOR BAHRU, 9 OGOS: Seorang lelaki dan wanita rakyat Singapura dilapor hilang ketika berkayak di perairan Mersing semalam.
KUALA LUMPUR, 9 OGOS: Mayat bayi perempuan berusia lapan bulan dengan kesan lebam di kepala dan kaki ditemukan di tepi Loji Rawatan Kumbahan Taman Kinrara, Puchong dekat sini, hari ini.
GEORGE TOWN, 8 OGOS: Polis masih menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti identiti sebenar individu yang menggunakan nama Wendy Loong di laman sosial, Facebook yang menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam.
KUALA LUMPUR, 8 OGOS: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik akan melancarkan operasi khas dikenali sebagai Op Blue Devil bagi membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan warga PDRM.
KUALA LUMPUR, 7 OGOS: Polis menahan 516 individu disyaki menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan dalam operasi selama dua minggu di seluruh negara bermula 17 Julai lalu.
KUANTAN, 7 OGOS: Seorang penolong pengurus bank di sini membuat laporan polis mendakwa telah menerima surat palsu kononnya daripada Kementerian Pertahanan bagi mendapatkan maklumat perbankan pelanggan bank tersebut.
IPOH, 6 OGOS: Seorang lelaki cedera dipercayai dipukul selepas menuntut kunci motosikal milik anaknya daripada seorang individu di hadapan sebuah kedai menjual cakoi di Pekan Padang Rengas, Kuala Kangsar di sini malam tadi.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.