LANGKAWI, 31 OGOS: Polis menahan dua individu petang ini bagi membantu siasatan kes bendera negeri Kedah dan Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di premis mereka yang terletak di Jalan Pandak Mayah, di sini.
PETALING JAYA, 30 OGOS: Pengarah dan pelakon filem popular, Datuk Farid Kamil Zahari yang menghadapi empat pertuduhan termasuk mencederakan anggota polis di Balai Polis Trafik Kota Damansara, hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa dia tidak sedar macam mana dia sampai ke balai polis itu.
KUALA LUMPUR, 29 OGOS: Seorang penyanyi ditahan selepas disyaki memukul seorang pekerja warga Bangladesh di sebuah stesen minyak di Ampang, di sini, semalam.
SHAH ALAM, 29 OGOS: Polis mengenal pasti identiti mayat seorang wanita yang disumbat dalam sebuah beg pakaian berwarna coklat dalam longkang di Persiaran Kuala Selangor, Seksyen 27 di sini pada Isnin lepas sebagai Tan Siew Mee.
KUANTAN, 25 OGOS: Seorang pesara syarikat penghantaran mendakwa kerugian RM67,000 selepas 'termakan' helah pegawai polis palsu yang kononnya menjalankan siasatan terhadapnya bagi kesalahan judi dan wang haram.
IPOH, 23 OGOS: Kertas siasatan kes membabitkan Pengerusi Kemudahan Awam dan Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak, Abdul Yunus Jamhari telah dihantar kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) untuk tindakan lanjut.
KUALA LUMPUR, 22 OGOS: Polis hari ini mengambil keterangan daripada pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik, Pengerusi Persatuan Dong Zhong, Tan Tai Kim, dan setiausaha persatuan itu, Ng Chai Heng, di Ibu Pejabatnya di Bukit Aman di sini.
SHAH ALAM, 21 OGOS: Polis menahan dua lelaki disyaki pengedar dadah di pusat karaoke dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM701,226 dalam dua serbuan berasingan di Setia Alam dan Petaling Jaya pada Ahad dan Isnin lepas.
PENDANG, 21 OGOS: Penglibatan golongan wanita di rantau Asia Tenggara dalam kegiatan kumpulan militan Daesh sebagai penyerang bunuh diri semakin membimbangkan ekoran mereka mempunyai suntikan semangat baharu untuk melancarkan serangan berskala besar.
GEORGE TOWN, 21 OGOS: Seorang lelaki parah apabila ditikam pada bahagian perut oleh seorang peniaga dalam kejadian di sebuah pusat hiburan di Lorong Abu Sitti di sini, kira-kira pukul 1.15 pagi tadi.
SHAH ALAM, 21 OGOS: Suspek insiden kemalangan di Lebuhraya Utara - Selatan yang meragut nyawa Syed Mohammad Danial Syed Syakir akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kajang esok.
KUANTAN, 21 OGOS: Seorang wanita membuat laporan polis mendakwa dirinya ditipu rakan sendiri yang menggunakan nama seorang lagi kawan mereka untuk meminjam wang sebanyak RM1,600.
SHAH ALAM, 19 OGOS: Polis telah menyerahkan kertas siasatan membabitkan kematian seorang pemandu, Syed Muhammad Danial Syed Shakir, 29, kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) hari ini.
KUALA LUMPUR, 19 OGOS: Akibat menceroboh masuk rumah milik ibu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Khamis lepas, seorang lelaki dihukum penjara seminggu dan didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
BUKIT MERTAJAM, 19 OGOS: Seorang peniaga kehilangan RM163,550 dalam tempoh seminggu akibat ditipu sindiket Macau Scam yang mendakwa kononnya dia dikehendaki polis kerana terlibat dalam kes jenayah, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Superintendan Mohd Mustafa Bidin hari ini.
BUKIT MERTAJAM, 18 OGOS: Seorang lelaki yang bertindak menyamar sebagai polis sebelum menyamun seorang penyambut tetamu sebuah hotel di Jalan Permatang Batu, di sini awal pagi ini berjaya ditahan polis tidak sampai 24 jam suspek melakukan jenayah berkenaan.
KUANTAN, 18 OGOS: Seorang penganggur yang disahkan positif dadah ditahan selepas dipercayai mengelar leher bapanya yang lumpuh di rumah mereka di Kampung Chendor Baru di sini, semalam.
KUALA LUMPUR, 17 OGOS: Tempoh tahanan reman lelaki yang terbabit pergelutan berpunca daripada kemalangan jalan raya sehingga menyebabkan seorang lelaki lain maut yang tamat hari ini, disambung lima hari lagi sehingga Khamis.
KUANTAN, 17 OGOS: Panik dihubungi 'majistret' menyebabkan seorang peniaga pasar malam kehilangan wang simpanan berjumlah RM12,500 selepas memindahkannya ke akaun individu tidak dikenali.
KENINGAU, 16 OGOS: Polis sedang giat memburu seorang lelaki berusia 40-an yang disyaki membunuh dan membakar mayat isterinya yang ditemui rentung di kawasan semak sebuah kebun di Batu 8, Jalan Sook, di sini, Khamis lalu.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.